Tweet daripada seorang pengguna media sosial Twitter hari ini mendapat pelbagai respon dan kritikan berikutan pendapatnya mengenai subjek Kemahiran Hidup yang dikatakan tidak berguna dan sia-sia untuk diajar kepada anak murid di sekolah.
Subjek Kemahiran Hidup merupakan sukatan mata pelajaran yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah sehingga Tingkatan 3.
Tulis individu itu, dia ‘membuang’ masa selama 3 tahun di sekolah untuk mempelajari subjek itu dengan hanya membina peti surat, litar elektronik dengan LED dan rak perhiasan.
Ianya sekaligus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen di mana ada yang bersetuju dan juga tidak bersetuju dengan pendapat individu tersebut.
Kata sesetengah netizen, subjek itu sepatutnya mendedahkan anak murid dengan skil seperti contoh cara-cara menulis e-mel resume kerja dan sebagainya.
Betul. Kemahiran Hidup sepatutnya mengajar anak murid tentang cara menulis email, resume. Ini tak.
Ada juga yang berkongsi pendapat bahawa subjek Kemahiran Hidup mengajar mereka tentang perkara-perkara ‘survival’ seperti memasak, pengendalian kerja ‘wiring’ dan elektrik, menjahit dan lain-lain.
Disebabkan KH ni la saya tahu serba sikit tentang hal-hal asas kat rumah seperti perpaipan. Dan sepanjang 25 tahun saya hidup, tiada sesiapa yang mengajar saya, melainkan di sekolah. Mungkin tak berguna pada tuan, tapi bermanfaat untuk orang lain.
Sekadar info tambahan, subjek Kemahiran Hidup telah di‘branding’ secara berperingkat dan kini dikenali sebagai subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).