“Harga Mampu Bayar” – Netizen Kongsi ‘List’ Klinik Buat Ujian RTK & PCR Dengan Harga Murah

Kehidupan

“Harga Mampu Bayar” – Netizen Kongsi ‘List’ Klinik Buat Ujian RTK & PCR Dengan Harga Murah

Berikutan peningkatan kes harian COVID-19 sejak kebelakangan ini, ramai yang mengambil inisiatif dan langkah berjaga-jaga dengan membuat ujian kendiri di rumah dan juga ujian pengesanan COVID-19 di klinik-klinik berhampiran.

Sehubungan itu, terdapat beberapa individu telah berkongsikan klinik-klinik sekitar kawasan diduduki mereka yang menawarkan perkhidmatan ujian RTK dan PCR dengan harga yang murah dan mampu bayar.

Advertisement

Untaian Tweet itu bermula apabila seorang pengguna media sosial tersebut yang dikenali sebagai @AsnawiSam memaklumkan Poliklinik Shaik yang berlokasi di Eco Sanctuary menyediakan ujian pemeriksaan COVID sekitar RM30 hingga RM110.

Selain itu, netizen turut berkongsi maklumat mengenai klinik dan juga stesen saringan COVID-19 yang menawarkan harga berpatutan seperti di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sungai Buloh, Klinik Primer Cherang Johor Bahru dan banyak lagi.

Test covid murahSumber : Twitter  
TwitterSumber : Twitter  
TwitterSumber : Twitter  

Dalam pada itu, ramai netizen menyatakan pendapat mengenai harga yang patut dikenakan untuk ujian RTK adalah di sekitar RM20 manakala PCR pula tidak patut mencapai ratusan ringgit.

Ini kerana kata sesetengah netizen, ujian calitan di klinik kadang-kadang diperlukan untuk urusan kerja sekurang-kurangnya sekali setiap dua minggu .

Perbelanjaan list
2 years ago

"Baki Tinggal RM200.."- Wanita Ini Kongsi Perbelanjaan 'Cukup Makan' Setiap Bulan, Netizen Kongsi Benda Sama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...