“Baki Tinggal RM200..”- Wanita Ini Kongsi Perbelanjaan ‘Cukup Makan’ Setiap Bulan, Netizen Kongsi Benda Sama

Kehidupan

“Baki Tinggal RM200..”- Wanita Ini Kongsi Perbelanjaan ‘Cukup Makan’ Setiap Bulan, Netizen Kongsi Benda Sama

Tidak kiralah zaman pandemik ataupun tidak, ramai sebenarnya yang menghadapi kesusahan dan bergolok gadai bekerja demi memenuhi keperluan sendiri dan juga keluarga.

Apatah lagi ketika ini di mana dunia sedang bergelut dengan COVID-19, pastinya ada yang sudah kehilangan kerja atau makin kurang mata pencarian setiap bulan.

Advertisement

Dalam sebuah hantaran panjang lebar seorang wanita di laman Facebook, dia ada berkongsi perbelanjaan bulanannya yang sekadar ‘cukup makan’.

 
 

Menurut wanita yang merupakan seorang suri rumah itu, mereka sekeluarga hanya bergantung kepada pendapatan si suami yang memperoleh gaji sekitar RM6,000 sebulan.

Dia juga turut membuat senarai perkara yang perlu dibayar setiap bulan dan akhirnya, gaji beribu ringgit itu tadi hanya tinggal sekitar RM200 selepas ditolak komitmen dan sebagainya.

 

Ni cerita nak survive je Tuan. Macam mana dengan kehendak saya dan suami? Memang kami kena lupakan. Demi anak, saya sanggup ketepikan kehendak saya.

Jelasnya, hidup di zaman kini sememangnya agak ‘struggle’ kerana peningkatan harga barang namun gaji yang masih tidak naik-naik.

Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen tampil berkongsikan keadaan dan kesusahan yang sama terutamanya mereka yang baru memulakan fasa hidup yang baru sebagai suami isteri dan juga berkeluarga.

Komen FacebookSumber : Facebook 

“Realiti kehidupan yang sememangnya tak mudah ye. Apalagi kalau gaji hanya 2k-3k sebulan. Allah saja yang tahu peritnya. Semoga Allah cukup kan rezeki kita semua dan dipermudahkan segala urusan.” komen seorang netizen.

pakcik driver maki hamun
2 years ago

"Pakai Kopiah Tapi Mulut Macam....." - Warga Emas Maki P*kimak Kerana Pandu Perlahan, Netizen Geram Siap Ajar Mengucap

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...