“Suara & Lagu Saya Memang Sedap” – DS Vida Minta Artis Buka Minda, Sesiapa Saja Berhak Menyanyi

Hiburan

“Suara & Lagu Saya Memang Sedap” – DS Vida Minta Artis Buka Minda, Sesiapa Saja Berhak Menyanyi

Kecoh di media sosial sejak beberapa hari ini apabila beberapa penyanyi tempatan meluahkan rasa tidak puas hati dengan lambakan muka-muka baru terdiri daripada ‘founder’ dan ‘influencer’ yang tampil dengan sendiri sehingga didakwa merosakkan industri muzik tempatan.

Namun bagi Datuk Seri Vida, dia menyangkal dakwaan tersebut dan meminta agar artis bergelar penyanyi di luar sana untuk lebih ‘buka minda’ dan memberi ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin mengeluarkan lagu sendiri.

Advertisement

Ujar Vida yang ditemui Media Hiburan, penyanyi popular ketika di awal kemunculan juga tidak mempunyai suara yang lunak namun ‘improved’ dari hari ke hari.

Lagu saya Ku Ikhlaskan, mana ada penyanyi di Malaysia yang dapat spark macam itu tapi saya dapat dan lagu ini bukan genre untuk viral, ia lagu yang serius dan suara saya sedap.

Ini bukan zaman tok kaduk dah, jangan duduk bawah tempurung, kena buka minda dan menerima benda itu untuk dijadikan pengajaran jika ia baik untuk dicontohi.

Kata Vida, artis yang ingin menggunakan khidmat ‘autotune’ pun tidak mengapa asalkan menggunakan teknologi yang ada.

Terdahulu, beberapa penyanyi seperti Awie dan Black Hanifah tampil meluahkan rasa kesal dengan industri muzik kala ini yang dirasakan ‘tergadai’ oleh mereka yang mempunyai wang namun tidak mempunyai jiwa seni.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Takkan Nak Tunggu Saya Mati" - Aliff Syukri Sedih Dikecam, Dakwa Bakat Terpendam Tak Dihargai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...