Selepas bekas pembantu peribadi usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Iqbal diumumkan sebagai peserta program Big Stage 2022 semalam, namanya menjadi trending di platform media sosial.
Ramai yang mempertikaikan penglibatan beliau, memandangkan dia dapat masuk tanpa menjalani sebarang uji bakat dan menganggap ianya sekadar gimik untuk menaikkan rating stesen televisyen itu saja.
Semasa sesi komen, berlakunya ‘lawan mulut’ diantara juri Ajai dan DSV, kerana wanita terbabit yang mewakili Presiden Netizen menganggap 5 markah yang diberikan oleh juri itu terlalu sikit.
View this post on Instagram
Ketika sesi temu bual bersama pihak Gempak, DSV merasakan suara Iqbal agak sedap sekiranya penonton duduk sendiri di hall besar tersebut serta menzahirkan rasa kesian kepada bekas pembantunya itu, namun menegaskan tiada sebarang niat lain.
Bila duduk di hall tu, memang sedap dengar dia nyanyi. Dan saya sangat bangga dengan Iqbal sebab boleh balik dari Indonesia untuk sahut cabaran ni.
Dalam pada ramai yang mengecam dengan kemunculan jejaka tersebut dalam program itu, rakan baiknya iaitu Ryzal Ibrahim sempat meninggalkan kata-kata semangat di Instagram Iqbal dan menjelaskan, bukan mudah seorang usahawan untuk beralih ke bidang yang lain terutamanya ke industri hiburan.