May 26th, 2015

Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Md Zhafran Md Yusof akhirnya pengacara Nona Fouziah Gous telah disahkan hamil dua bulan setengah sekitar minggu lepas.

Semenjak beliau berbadan dua, Fouziah memberitahu suaminya akan menunaikan apa sahaja keinginan beliau dan melayan dirinya umpama seorang puteri. Malah, Zhafran juga akan mengusap perut beliau dan menyapukan minyak di kaki setiap malam sebelum tidur. Alahaii..sweetnya..

Bayangkan sejak berbadan dua ini, setiap malam sebelum tidur dia akan sapukan minyak di kaki saya selain mengusap perut. Pendek kata, apa saja permintaan saya ketika ini pasti dipenuhi. Macam puterilah ibaratnya. Perempuan mengandung memang kuat makan. Mintalah apa saja, dia akan layan dan penuhi.

Berbicara soal jantina anak sulung mereka yang bakal lahir tidak lama lagi, Fouziah dan suami tidak kisah mengenai perkara tersebut dan menerima sahaja rezeki yang sudah ditetapkan buat mereka.

Anak pertama ini, saya dan suami terima saja rezeki yang akan dikurniakan kepada kami nanti. Tak ada nak ‘gaduh’ mahukan anak lelaki atau perempuan. Janji sihat dan cukup sifat. Saya tak putus berdoa hari-hari supaya anak yang bakal dilahirkan ini akan sihat dan sempurna. Insya-Allah.

Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat wajah cahaya mata pasangan ini bukan. Ayuh sama-sama kita doakan agar segalanya berjalan lancar dan semoga Fouziah Gous dan kandungan beliau sihat selalu.

Sumber Berita: Berita Harian


Comments are closed.

Loading...