(TAHNIAH)Fouziah Gous Disahkan Hamil 2 Bulan Setengah

Hiburan

(TAHNIAH)Fouziah Gous Disahkan Hamil 2 Bulan Setengah

Sebenarnya Abang Nara dah tau berita kehamilan Fouziah Gous daripada seseorang tetapi diminta untuk merahsiakannya. Kini Fouziah Gous telah tampil memaklumkan berita gembira ini. Tahniah diucapkan kepada Fouziah dan suaminya, Zhafran yang bakal menerima kehadiran cahaya mata sulung pertama. Pengacara Nona itu kini telah mengandung selama 2 bulan setengah.

fouziah gous

Advertisement

Menariknya, Fouziah Gous pada mulanya tidak percaya akan kehamilan ini sehingga dirinya melakukan ujian kehamilan sebanyak 4 kali. Hehehe. Teringat wife Abang Nara sampai 3 ‘stick kehamilan’ tue dia try. Iyerlah first time mengandung mesti teruja tak ingat. Kata Fouziah:-

Mulanya saya tidak jangka hamil kerana saya memang mengalami masalah haid yang tidak menentu tetapi apabila merasakan ada perubahan pada hormon badan saya jadi tak sedap badan.

“Lantas, saya membuat ujian kehamilan sendiri sebanyak dua kali dan kedua-duanya memberi bacaan positif. Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu gembira lagi dan minggu berikutnya barulah saya pergi membuat pemeriksaan di klinik biasa.

Hasilnya juga sama iaitu positif. Sekali lagi saya masih tidak puas hati dan mengajak suami untuk malkukan ujian di pusat perubatan swasta. Apabila diberitahu kandungan saya sudah berusia tujuh minggu, barulah saya yakin sepenuhnya.

Kalau diikutkan sebelah keluarga saya ramai lelaki, manakala suami pula ramai perempuan. Namun, dalam soal ini saya dan suami tak kisah asalkan anak yang bakal lahir nanti cukup sifat, sempurna dan sihat

fouziah gous hamilFouziah telah membuat pemeriksaan kehamilan selepas dirinya dan suami pulang daripada Jepun. Mungkin baby made in Jepun? Hehe. Apa pun tahniah buat Fouziah Gous dan Zhafran. Semoga segalanya berjalan lancar sehingga hari kelahiran. Tahniah!! Sumber Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...