November 19th, 2015

Selepas hampir dua bulan ditahan di Penjara Sungai Buloh, suami kepada aktres Umie Aida iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM 10,000 apabila Mahkamah Tinggi semalam memutuskan pertuduhan beliau bersama peguamnya Matthias Chang adalah tidak mengikut Akta Kesalahan Keselamatan ( Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut memerintahkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen kerana kesalahan di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.

Umie Aida telah membayar jaminan bagi suaminya manakala Matthias di ikat jamin oleh adiknya.

Sebelum ini, Khairuddin dan Matthias didakwa cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di lima lokasi antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini. Lokasi tersebuat adalah pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis WaiChan, Hong Kong, dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura.

Turut hadir pada prosiding hari ini ialah Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sanusi Junid serta ahli keluarga Khairuddin dan Matthias.

Hakim menetapkan 12 Januari tahun depan bagi pengurusan kes sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen.

Sumber Berita: BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...