October 13th, 2015

Selepas ditahan dibawah akta 124C atas tuduhan cuba untuk menggulingkan kerajaan pada bulan September lepas, kini suami kepada Umie Aida iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta peguamnya Matthias Chang Wen Chiah telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan cuba untuk mensabotaj khidmat perbankan dan kewangan negara.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di lima lokasi berbeza  antara tarikah 28 Jun sehingga 28 Ogos tahun ini di luar negara iaitu pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris; Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom; pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern; Balai Polis WaiChan, Hong Kong dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura.

Khairuddin dan Matthis didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun jika sabit kesalahan. Majistret Siti Radzeah Kamarudin mengarahkan agar tertuduh tidak boleh diikat jamin.

Walaubagaimanapun, peguam yang mewakili Khairuddin sedang berusaha untuk memohon mahkamah membenarkan anak guamnya itu untuk diikat jamin serta meminta tarikh pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi dipercepatkan.

Sumber Berita: Kosmo!


Comments are closed.

Loading...