Setiap orang pastinya mahukan pasangan yang tidak berkira dan saling memberi antara satu sama lain.
Akan tetapi, ada sesetengah orang yang kurang bernasib baik kerana terpaksa bersama dengan orang yang bersikap kedekut dan berkira dengan pasangan.
Memetik laporan dari mStar, seorang individu meminta pengguna berkongsikan pengalaman bercinta dengan orang yang kedekut menerusi ciapan di Twitter.
Ciapan tersebut menerima ribuan komen dan ada antaranya seorang perempuan berkongsi di mana bekas suaminya berkira dalam membeli barangan dapur.
Menurutnya, bekas suami sanggup menampal resit pembelian di peti sejuk dan membahagikan kos tersebut pada hujung bulan.
Selain itu, ada juga yang berkongsi pengalaman di mana individu berkenaan terpaksa mengambil pihak lelaki untuk keluar bersama di sebuah restoran makanan segera terkenal.
Apabila sampai di sana lelaki itu berkira dengan wanita berkenaan dengan mengingatkannya agar tidak menghabiskan ‘fries’ yang telah dibeli.
Walubagaimanapun, dalam hidup berpasangan, kita sepatutnya saling bantu membantu dan bukannya mengharapkan hanya satu pihak menanggung kos perbelanjaan sama ada lelaki mahupun perempuan.