Buntu Nak Buat Apa Bila ‘Date’? Cuba 5 Idea ‘Dating’ Ini Bila Keluar Dengan Pasangan Nanti!

Kehidupan

Buntu Nak Buat Apa Bila ‘Date’? Cuba 5 Idea ‘Dating’ Ini Bila Keluar Dengan Pasangan Nanti!

Pernah tak dah sampai satu tahap kita dah buntu untuk fikirkan aktiviti apa yang boleh kita lakukan bersama pasangan? Jangan risau, kami akan bantu anda untuk memberi idea-idea menarik yang boleh anda guna!

Idea-idea menarik ini mampu untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri, malah ia boleh membuatkan pasangan anda rasa dihargai.

Advertisement

Jom sama-sama kita lihat 5 idea yang boleh anda buat bersama pasangan tercinta!

1. Shopping bersama-sama.

idea 'dating' dengan pasangan

Ajak pasangan anda untuk shopping bersama-sama tapi pastikan ianya lain dari yang lain. Cuba cabar mereka untuk beli sesuatu yang cantik tapi yang paling penting murah. Siapa yang dapat membeli barang cantik serta murah, maka dia lah pemenang pada hari berkenaan.

Yang pemenang bolehlah ‘pau’ pasangan untuk belikan sesuatu ataupun buat sesuatu perkara.

2. Pergi picnic!

idea 'dating' dengan pasangan

Ini lah masa untuk show-off skill masakan anda kepada pasangan. Seperti yang biasa diperkatakan oleh orang ramai, dengan masakan, ia mampu untuk mengeratkan lagi hubungan di antara suami dan isteri.

Pilih tempat yang mempunyai scenery yang cantik. Jadinya, anda boleh nikmati makanan bersama pasangan sambil ada pemandangan indah di hadapan anda.

3. Pergi jogging dengan pasangan.

idea 'dating' dengan pasangan

Siapa saja yang tidak mahu hidup secara sihat bersama pasangan tercinta kan? Idea untuk jogging bersama-sama ini sememang yang terbaik untuk anda dan juga pasangan. Kalau anda tidak mahu jogging, sukan lain juga boleh dilakukan.

4. Lawat muzium dan belajar tentang budaya.

idea 'dating' dengan pasangan

Ini merupakan idea yang sangat-sangat in-trend buat masa ini. Sekarang ini banyak muzium bersejarah yang boleh anda kunjungi bersama pasangan. Dalam pada masa yang sama, anda bersama pasangan juga boleh menimba ilmu apabila mengetahui sejarah-sejarah yang ada.

5. Buat temujanji di spa untuk urutan.

 

spa

Siapa saja yang tidak suka kalau dapat merehatkan tubuh badan setelah seminggu bekerja tanpa henti. Rasanya dengan kunjungi spa bersama-sama pasangan, ia mampu untuk memberi kebahagian kepada mereka.

Tidak salah kalau nak spend lebih sikit untuk pasangan anda sekali sekala. Idea ini sememangnya akan menambahkan lagi rasa sayang mereka terhadap anda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

azfar heri
7 bulan lalu

"Penat Kadang-Kadang" - Youtuber Azfar Heri Ditegur Agar Jadi 'Jantan Sejati' Oleh Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...