“Suami Saya Yang Tegur” – Pakai Topi Nampak Telinga, Rozita Che Wan Mengaku Khilaf

Hiburan

“Suami Saya Yang Tegur” – Pakai Topi Nampak Telinga, Rozita Che Wan Mengaku Khilaf

Sebelum ini, selebriti terkenal Rozita Che Wan telah menjadi tumpuan orang ramai apabila mengayakan busana serba putih ketika menghadiri acara Minggu Fesyen Kedah 2022 ataupun Kedah Fashion Week 2022 (KFW22).

Namun, rata-rata orang ramai telah menegur persalinan yang dipakai oleh Rozita kerana menganggap ianya tidak sesuai dengan imej bertudung dan terlalu ketat di bahagian dada sehingga menonjolkan ‘aset‘nya.

Advertisement

Tampil mengakui kekhilafannya, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta menjelaskan bahawa dia langsung tidak menyedari perkara itu sehigga melihat sendiri gambar photoshoot di acara tersebut.

Bila baju tu letak pada patung memang lawa, patung pula 20 sen dia punya (bahagian dada), lepastu pakai pada kita.

Bagi saya kalau (netizen) tengok bahagian itu, memang itu la nampak. Cuba kalau mereka fokus pada bulu mata, topi, atau veil yang saya pakai, tak adalah nampak benda tu kan.

Selain itu, netizen turut mempertikaikan pemakaian aksesori di kepala yang dipakai oleh Che Ta sehingga menampakkan bahagian telinga.

Malah, Che Ta mendedahkan bahawa suaminya sendiri iaitu pelakon, Zain Saidin turut menegur mengenai pemakaian topi dengan aksesori telinga itu.

Dekat rumah saya tanya Zain ‘sayang okay tak i pakai topi’ dia kata okay tapi nampak telinga, telinga kan aurat.

Okay saya dah terasa sebab suami saya yang tegur, memang salah saya. Sesuailah saya kena kecam pun.

Dalam pada itu, Che Ta turut mengakui dia sepatutnya lebih berhati-hati dan mengakui kekhilafannya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 bulan lalu

"Terbonjol Tet*k" - 'Catwalk' Di Kedah Fashion Week, Netizen Kata Che Ta Pakai 'Fesyen Bawa Ke Neraka'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

2 Comments

  1. Anonymous

    August 15, 2022 at 9:29 am

    baguslah dah akui kesilapan..semoga lebih berhati2

  2. Junaidi Syarif

    August 12, 2022 at 7:36 pm

    BE INDICENT..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini