Kesian sebenarnya menjadi seorang isteri kepada suami yang bernama Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red ini. Iyerlah, tak habis-habis dengan cerita mengorat perempuan lain. Baru-baru ini, Datuk Red mengakui ada menjalinkan hubungan cinta bersama artis baharu dikenali sebagai “N”, namun berakhir apabila pelakon wanita kelahiran Sabah itu memberitahu Adira mengenai perkara terbabit. Sebelum itu pula Datuk Red pernah kantoi memeluk pinggang Ruhainies. Memang tak habis-habis kontroversinya.
Kalau Abang Nara jadi Adira, memang boleh mengamuk dibuatnya. Namun Adira mengambil langkah yang amat berbeza. Adira buat tak layan sahaja. Adira sudah masak benar dengan perangai suaminya itu yang suka publisiti murahan. Kata Adira:-
Sejujurnya, saya sendiri sudah keliru dengan skandal yang membabitkan suami saya. Malah, saya mengetahui mengenai kontroversi (terbaru) ini pun apabila menerima panggilan bertalu-talu daripada pihak wartawan sendiri.
Anggap saja isu yang timbul ini sekadar perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan kerana pada saya, dia seperti ingin meraih publisiti murahan. Jika diikutkan, manusia mana yang dengan mudah membuka aib sendiri?
Oleh itu, saya memilih untuk tidak ambil pusing kontroversi yang timbul ini. Sebaliknya, saya berhasrat untuk menjaga dan membesarkan anak perempuan saya saja
Abang Nara kagum dengan ketenangan Adira. Tapi betul juga tindakan yang diambil oleh Adira ini. Kalau dah suami memang jenis macam ini, apa lagi kita nak buat kan? Biarkan je lah. Kalau Datuk Red nak kahwin lagi satu pun rasanya memang dia mampu. Nampak gaya Adira pun macam dah redha dan malas nak layan perangai suaminya. Nasib badanlah dapat suami jenis macam ini. Sumber Berita Harian.