Suami Nadya Syahera Bankrap Sejak Dua Tahun Lepas, Bersyukur Isteri Setia Di Sisi – “Hutang Ratusan Ribu”

Hiburan

Suami Nadya Syahera Bankrap Sejak Dua Tahun Lepas, Bersyukur Isteri Setia Di Sisi – “Hutang Ratusan Ribu”

Menerusi Instagram, suami kepada pelakon Nadya Syahera meluahkan rasa bersyukur apabila isterinya masih sabar dan setia meskipun dia mempunyai masalah kewangan.

 

Advertisement

Bankrap sejak dua tahun lepas

Kata Fizul Nawi, dia telah diisytiharkan bankrap pada dua tahun lalu dan mempunyai hutang mencecah ratusan ribu ringgit ketika itu.

Disebabkan itu, dia terpaksa membuat keputusan menjual aset yang dimilikinya untuk membayar hutang dan Fizul sangat berterima kasih kepada Nadya kerana masih bertahan sehingga kini.

Hinggalah anak dah besar terpaksa buat keputusan untuk balik ke kampung. Kutip balik motosikal Ex5 yang ada. Satu-satunya kenderaan yang saya ada. Syukur boleh bawa hantar anak ke sekolah.

nadya syahera

Sebelum saya diisytihar bankrap tuhan hantar jemputan untuk saya ke Tanah Suci. Balik ke Malaysia seminggu macam itu, semua akaun bank dan passport kena block.

 

Dalam proses mula bisnes baru

Tambah Fizul, dia belajar erti hidup dan kesabaran melalui ujian yang dilaluinya ini dan kini dia kembali bangkit bekerja mencari duit untuk keluarga.

Setelah cukup kekuatan dalam diri dan yakin pada rezeki Allah, saya nekad untuk bekerja balik. Dalam proses nak buka kedai runcit dan kedai buah sayur ala-ala kedai Acheh. Semoga Allah permudahkan segalanya. Dapat saya menyara keluarga dan membayar hutang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FN®🐜 (@fizulnawi_)

Dalam pada itu, Fizul berkata anak-anaknya kini selesa dengan kehidupan di kampung dan sudah tentu kos hidup di Kelantan jauh lebih murah berbanding Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, anak-anak selesa sekolah dan tinggal di Kelantan. Kos yang rendah di sini boleh membuat otak tak stress berbanding di Kuala Lumpur. Saya harap anak dan isteri boleh sesuaikan diri kehidupan di kampung.

datuk red adira
9 months ago

Hutang Cecah 5 Juta, Datuk Red Dedah Adira Banyak Bantu Sejak Muflis Tahun 2019 - "Lima Tahun Dia Tanggung Biawak Hidup"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...