Hutang Cecah 5 Juta, Datuk Red Dedah Adira Banyak Bantu Sejak Muflis Tahun 2019 – “Lima Tahun Dia Tanggung Biawak Hidup”

Trending

Hutang Cecah 5 Juta, Datuk Red Dedah Adira Banyak Bantu Sejak Muflis Tahun 2019 – “Lima Tahun Dia Tanggung Biawak Hidup”

Kini hangat menjadi bualan di media sosial tentang suami kepada Adira iaitu Datuk Red selepas dia memuat naik hantaran sedang mencari pekerjaan.

Hantaran di TikTok itu mengundang perhatian ramai selepas Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu apabila dia berharap ada yang sudi memberinya kerja.

Advertisement

datuk red

 

Dah muflis bertahun-tahun

Menerusi satu temu bual bersama mStar, Datuk Red turut mendedahkan dia sudah diisytiharkan muflis sejak tahun 2019 lagi dan mengakui menumpang belas ihsan Adira sejak itu.

Selagi tak usaha selagi itulah tak tahu. Cari kerja di TikTok itu saya beranikan diri, malu belakang kita. Saya tak boleh tinggal diam biarkan orang rumah tanggung saya. Saya tak kisah kerja apa janji halal.

datuk red

 

Banyak kali cari kerja tetap

Sejak 2019 juga Datuk Red mencuba pelbagai cara untuk mencari pekerjaan tetap namun katanya semua usaha tidak membuahkan hasil.

Tambahnya, dia juga pernah disarankan untuk menjadi pemandu e-hailing namun pekerjaan itu tidak cukup untuk membayar hutangnya yang mencecah jutaan ringgit.

Saya ini terlalu banyak hutang, sampai berjuta-juta.  Saya pun ada tanya kawan-kawan saya untuk jadi ejen-ejen baju Melayu tapi mereka tak balas mesej. Nyawa pun dah tak lama, takkan saya nak mati dengan hutang.

 

Lima tahun Adira tanggung semuanya

Datuk Red turut berharap orang ramai tidak menyalahkan kedua-dua isterinya namun meminta semua mengambil kisah hidupnya sebagai iktibar.

Selama ini Adira yang banyak tolong saya. Saya harap kisah saya ini orang tak kaitkan dengan dia. Dia pun manusia biasa ada keinginan, sudah lima tahun dia tanggung biawak hidup.

Meskipun tertekan dan berasa sangat down, Datuk Red akui pernah terfikir tentang ‘mesin tarik nyawa’ namun anak-anak dan agama membuatkannya terus kuat.

@buletin.tikt0k credit : youtube mstaronline #fyp #berandafyp #berandatiktok #bikinpanas ♬ bunyi asal – Pijah mohamad – Finaz❤️

1 month ago

"Harap Ada Sudi Memberi.." - Untuk Tanggung Anak-Anak & Bayar Hutang, Datuk Red Kini Mencari Kerja?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...