Kematian pasangan sememangnya hakikat yang pahit untuk diterima buat mereka yang sudah mendirikan rumah tangga.
Namun, buat mereka yang masih bernafas, hidup perlu diteruskan walaupun banyak memori-memori yang direka semasa bersama dengan pasangan.
Berkongsi tentang menemukan pasangan baharu walaupun belum sampai setahun kematian suami, wanita yang dikenali sebagai Sakinah Muhammad menceritakan pengalamannya hidup diselebungi rasa sebak dan derita.
Memetik laporan mStar, Sakinah mengakui berasa sangat sunyi selepas ketiadaan suami kerana dia sangat rapat dengan arwah.
Dia juga menyatakan bahawa dirinya seumpama tidak bermakna setelah dua bulan pemergian suaminya.
Oleh kerana menderita dengan perasaan sunyi yang perlu ditanggung berseorangan, masuk bulan ketiga semasa dalam edah, dia kerap bangun tahajud dan meminta Allah SWT memberikannya seorang suami.
Bila dia hilang tu saya rasa lonely sangat. Jadi masuk bulan ketiga tu dan semasa edah, tiap-tiap malam saya bangun tahajud minta pada Allah…”
Perkara itu termakbul apabila dia mengambil keputusan menjual kereta peninggalan suaminya untuk digantikan dengan kereta baharu.
Selain itu, Sakinah turut membuat postingan di TikTok tentang kereta berkenaan dan tiba-tiba seorang lelaki meninggalkan komen meminta untuk di ‘follow back’.
Selepas daripada itu, mereka mula berhubung daripada TikTok sehinggalah ke Whatsapp dan seminggu mengenali antara satu sama lain, mereka sudah mula mempunyai perasaan sesama sendiri.
Sebelum ini Sakinah pernah berkongsikan video berkenaan arwah di TikTok dan rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat kepadanya supaya meneruskan hidup.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah