“RM50 Nak Beli Apa?”- Suami Dah Bosan Isteri Tak Pandai Melawa, Siap Nak Kahwin Lagi Satu Undang Kecaman Netizen

Kehidupan

“RM50 Nak Beli Apa?”- Suami Dah Bosan Isteri Tak Pandai Melawa, Siap Nak Kahwin Lagi Satu Undang Kecaman Netizen

Adat hidup berumah tangga, pasti ada pasang surutnya. Ada yang hidup bahagia kerana mengamalkan sikap toleransi dan saling memahami di antara satu sama lain.

Namun, satu perkongsian di Twitter ini telah mengundang pelbagai kritikan dan respon dalam kalangan netizen apabila seorang individu bertanyakan soalan mengenai perkahwinannya yang didakwa semakin hambar dari hari ke hari.

Advertisement

Kata individu itu, dia baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama isterinya selama 2 tahun dan telah mempunyai seorang anak hasil perkahwinan mereka.

Luahnya lagi, dia berasa bosan dengan isterinya kerana tidak mempunyai usaha untuk menjaga badan dan kecantikan ketika berada di rumah.

…dia tak ada langsung nak jaga badan, jaga kecantikan sedangkan tiap-tiap bulan aku bagi duit RM50 dekat dia. Boleh je kalau nak beli apa-apa untuk melawa.

Malah, apa yang membuatkan netizen ‘panas hati’ adalah apabila individu itu ‘bercita-cita’ untuk menambah isteri meskipun hanya mendapat gaji bulanan sekitar RM1,500 sebulan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang membaca luahan hati individu itu tampil mengecam pemikiran dan menganggap lelaki tersebut sebagai tidak sedar diri.

TwitterSumber : Twitter  

Basic tambah OT baru RM1.5k dah fikir mampu nak tambah bini baru? Bagi RM50 dekat bini dan harap bini nak melawa dengan duit tu? MasyaAllah brother..kau hidup zaman mana ni?

Netizen terutamanya kaum wanita berpusu-pusu dilihat menghentam tindakan lelaki itu yang tergamak memberi RM50 nafkah bulanan namun berharap isteri untuk kekal berhias cantik dengan nilai wang sebanyak itu.

rapidkl
2 years ago

"Baiki Eskalator Dulu Lah!"- Niat Nak Tegur Pengguna Makan Mi Segera Dalam Tren, Admin Twitter Perkhidmatan LRT Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...