“Baiki Eskalator Dulu Lah!”- Niat Nak Tegur Pengguna Makan Mi Segera Dalam Tren, Admin Twitter Perkhidmatan LRT Dikecam

Kehidupan

“Baiki Eskalator Dulu Lah!”- Niat Nak Tegur Pengguna Makan Mi Segera Dalam Tren, Admin Twitter Perkhidmatan LRT Dikecam

Semua orang sedia maklum bahawa orang awam yang menggunakan perkhidmatan awam seperti LRT, MRT,  bas dan sebagainya mempunyai etika yang tersendiri agar tidak menganggu pengguna yang lain.

Menerusi Twitter @AskRapidKL, pihak pengurusan MRT ada menegur sikap pengguna yang bertindak makan mi segera di dalam tren.

Advertisement
Sumber : Twitter  

Namun begitu, teguran tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata menegur agensi itu yang turut mempunyai masalah seperti mesin escalator yang masih tidak dibaiki sejak sekian lama dan sebagainya.

Kata netizen, agensi itu perlu dan seharusnya membaiki terlebih dahulu kelemahan sistem yang telah menyusahkan pengguna seperti mana yang diadu oleh netizen di media sosial sehingga menjadi tular sebelum ini.

twitterSumber : Twitter  

“Siapa la yang jadi ‘admin’ ni? Pandai tegur orang. Kalau bab suara lokasi tak keluar, screen map gelap memanjang, mesin top-up duit/token selalu rosak, train tak on time, escalator rosak dah bertahun. Ha tu macam mana pulak?” luah seorang netizen.

Terdahulu, kecoh seketika selama beberapa minggu di media sosial mengenai servis perkhidmatan awam seperti mesin tambah nilai dan escalator di beberapa lokasi stesen MRT dan LRT yang dilaporkan tidak berfungsi dengan baik sejak bertahun lamanya.

LRT MRT ASKRAPID
6 bulan lalu

"Nak Tunggu Orang Mati?"- Isu Kesesakan LRT Semakin Meruncing, Pengguna Tunggu Respon 'Orang Atas'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    July 20, 2022 at 1:10 am

    Mana golongan kayangan aka si Nedim tu? Bro, this is the purrfect time for you to try our public transportation. Bukan tak bersyukur sebln free bro. Tp this is the reality for us malaysian citizens. Ni yang kami hadapi dgn facilities yg sungguh ‘bagus’. Try 6 bln bro. Lepas tu baru sembang lebih dengan kami, bersyukur ke tak.

  2. Anonymous

    July 19, 2022 at 5:37 pm

    Agree. Isu makan/minum dalam tren tak ade kena mengena dengan kemudahan dan service tren. Tak perlu nak kaitkan satu dengan yang lain. Saya pun paham situasi nie, tren rosak, lambat, escalator tak boleh pakai dan sebagainyer. Tapi bukanlah alasan nak makan/minum dalam tren sampai macam tu skali.

  3. Anonymous

    July 19, 2022 at 4:46 pm

    Rasanya tak da kena mengena teguran makan dlm tren dgn isu eskalator rosak. Nk kna tggu perfect bru leh tegur ker? Klu cmtu, yg tegur psal eskalator tu pon patut jgn tegur admin… ofcos mana der mnusia perfect :)

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...