Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Suami Kritikal Tahap 4, Rebecca Kongsi Realiti Sebenar Jangkitan Wabak

Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam baru-baru ini berkongsi berita duka di mana beliau sekeluarga disahkan positif jangkitan wabak Covid-19. Turut menerima nasib yang sama adalah tiga orang pembantu rumahnya.

Advertisement

Terbaru, Rebecca menerusi sesi langsung di Instagram berkongsi pengalaman kritikal apabila suami, Datuk Norazam Sulaiman tiba-tiba sesak nafas dan dikejarkan ke hospital semalam.

Hospital padat dan penuh

rebecca positif covid-19

Dalam keadaan cemas dan kelam kabut, beliau cuba mendapatkan rawatan di beberapa hospital swasta namun dimaklumkan kapasiti sudah penuh dengan pesakit positif yang lain.

Sampainya kami di hospital, kami diberitahu keadaan padat dan penuh. Mereka tak dapat menerima pesakit lagi. Anda percaya atau tidak semalam saya dan suami hampir dua jam duduk dalam ambulan di tepi jalan.

Alhamdulilah nasib baik orang ambulan baik sangat-sangat. Dia pun sibuk telefon mana-mana hospital kerana saya ada satu kedegilan, saya tak mahu bawa suami ke hospital kerajaan. Terus terang saya cakap, saya tak nak bawa suami ke hospital kerajaan. Saya tak nak bawa suami ke MAEPS kerana saya takut keadaan di sana lagi teruk.

Dalam linangan air mata, Rebecca tidak dapat membayangkan keadaan pesakit-pesakit yang padat di hospital kerajaan memandangkan hospital swasta juga penuh.

Suami di stage 4-5

Rebecca positif covid-19

Beliau dimaklumkan hospital swasta di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor ada lebih 100 nama pesakit di dalam senarai menunggu.

Sementara menunggu giliran untuk suami saya menerima rawatan di hospital itu, saya teringat ada sahabat memberitahu terdapat hotel di ibu negara yang menjadi Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) kendalian klinik swasta. Jadi saya terus membawa suami untuk mendapat alat bantuan oksigen kerana keadaannya sangat kritikal. Alhamdulillah, suami saya akhirnya menerima bantuan oksigen namun doktor memaklumkan dia kini berada di tahap 4 Covid-19.

Dalam keadaan genting tersebut, pelakon ini mengucapkan syukur suami akhirnya mendapat bantuan oksigen. Sekitar jam 10.30 malam, Rebecca menerima panggilan dari sebuah pusat perubatan swasta dan kini suami sedang menerima rawatan lanjut di situ.

Ketika berada di wad kecemasan hospital terbabit, saya sangat sedih apabila melihat suami saya buat pertama kali menangis di depan saya. Dia beritahu dia tak sanggup dan minta jangan tinggalkannya.

Berkali-kali dia cakap yang dia takut dan mohon saya berada di sampingnya. Namun saya diberitahu yang saya tidak boleh menemani suami di hospital kerana dia akan ditempatkan di wad yang lebih ketat kerana keadaannya yang sudah berada di tahap 4 ke 5.

Bercerita dengan lebih lanjut, Rebecca berkata beliau tiba di rumah sekitar jam 5 pagi tadi. Beliau bersyukur keadaan kesihatannya dan anak-anak masih boleh dikawal. Namun, meminta orang ramai mendoakan keadaan suaminya kembali pulih.

Video penuh

Advertisement

Selepas disahkan positif jangkitan, Rebecca dan anak-anak mengambil keputusan untuk kuarantin kendiri di rumah sahaja. Beliau turut meluahkan perasaan takut untuk ke pusat kuarantin berikutan jumlah pesakit yang sangat ramai.

Pelakon ini turut merayu kerajaan melaksanakan total lockdown untuk mengawal keadaan yang semakin buruk sekarang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. Anonymous

    July 15, 2021 at 12:45 pm

    hospital pun biadap bg jawapan…tau la full…jgn la bagi jwpn menyakitkn hati..
    yes tahu frontliner penat…tapi as i said..serve la elok2..Datin tu dah call several times to asked form ambulans..tapi tak ada…

    and mlm td maid dia dua org, org awam tlg ambik n hantar to hkl..sebb ambulan dh takder..

    dia berduit atau tidak jgn pertikaikan…tu rezeki masing2…if i jadi dia i pun hantar family ke private..hospital kerajaan dh padat…no choice…dh padat chances nk baik pun sgt low..

    tgk keadaan sekeliling pun kita down..

    • Anonymous

      July 15, 2021 at 6:59 pm

      Operator tu ckp elok je.. orng cm x fhm bahasa.. pastu suh serve baik2 cmne lagi.. cuba kau handle cmtu boleh menguji kesabaran kau tak

    • Anonymous

      July 16, 2021 at 1:59 pm

      ckp elok2 kau kata???
      operator tu kata .PUAN…KAT LUAR SANA RAMAI NAK MATI DAH….
      itu kau ckp serve elok????pekak ke kau???

      kdg, hospital punye staff mcm lahabau gak perangai.perasan bagus..
      berlagak..

      sy penah alami situasi gini..
      all they said no ambulans..padahal ada je..
      selfish!

    • Anonymous

      July 16, 2021 at 10:53 pm

      Eh bangang.. SEKARANG ni kes hospital tgh xde ambulance.. nak Ambulance boleh tapi lambat . . Rebecca ni nak tggu ke?? Duk push2 operator ni apsal?? Maid dah sesak nafas kot.. cm relax lagi je.. dasar bodoh

    • Anonymous

      July 16, 2021 at 11:04 pm

      Kau perangai pun cm lahabau.. nak suh org serve kau baik2 konon ??

  2. Hohaa

    July 15, 2021 at 12:25 pm

    Datin ni aku tgk mcm over n nk publicity kna covid..xlah truk mna dato tu..pki wheelchair jee..sikit upload sikit2 live..ckp dgn ank pn nak live bgtau smua..nangis2 dont cry baby knon..anknya kat blkg cbuk mnari tiktok?..mluat pula tgk..suamiNya bkeras dia hntr ke swsta smpi tnggu 2jm kat ambulance sbb hosp swasta pnuh..tpi orggaji tu dia viralkn pulak dia call hosp krajaan xboleh ambik ..ambilance smua sbuk..kan kaya raya kno bkira dgn orggaji..drpd cbuk ko viralkn stgh jam ko kol hosp ampangtu ko ckp orggaji ko nak mati dh baik ko call private ambulance ..ihhhh

    • Anonymous

      July 15, 2021 at 12:40 pm

      wey!cuba kena kat kau covid ni..bila virus dh serang dlm badan..sumpah demi allah mmg sakit sgt..aku dah kna covid bulan 5..aku tau sakit tu rasa camne..tak payah kau ckp benda gitu..kata over bagai…cuba kena kat family kau..rasa lah plak.aku harap kau kna covid..biar kau rasa sakit camne..larat ke tak nak bgn n jalan..biadap!

    • Moyasas

      July 15, 2021 at 2:39 pm

      Saya sokong datin ni mmg semacam..yg org lain doakan org kna covid sbb datin over ni dh knp..ingatlah doa tu berbalik yeeee..first aku pn ksian..tpi lepas dia live balik2 post balik2 viral psl hosp krajaan tu hilang ksian aku…live lg dgn ank sndri nak pujuk2 anknya ckp jgn sdih..anknya lngsung xsdih mnari tiktok lg kat blkg..adoiii klu pn nk femes balik msa kna covid ni agk2 lah yeee..

  3. Anonymous

    July 15, 2021 at 1:51 am

    Sometimes, kedegilan tu la yg akan sebabkan benda yang lagi teruk terjadi. If dah serious, you don’t actually have an option, but go for the available option & change once you have a better option (since you have the money, unlike most of people in Malaysia). Thankfully, the husband dpt rawatan yg sewajarnya.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top