Baru-baru ini, tular di platform media sosial satu kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki mengenai perbuatan curang isteri tercinta.
Isteri ‘full-time housewife’ curang dengan lelaki Medan
Dalam perkongsian tersebut, lelaki tersebut memaklumkan dirinya bekerja dari pagi hingga petang dan isteri merupakan ‘full time housewife’, selama mereka mendirikan rumah tangga segalanya disediakan olehnya.
Bagiamanapun, perkahwinan yang dibina musnah selepas si isteri memilih untuk berlaku curang dengan lelaki berasal dari Medan, Indonesia dan dia mengenali lelaki berkenaan di platfrom X.
Individu tersebut mula berasa sangsi selepas isterinya tidak membenar dia untuk melihat akaun media sosialnya kerana wanita itu mengakui dia masih berstatus ‘single’ biarpun sudah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun.
Mengaku ‘single’ padahal dah berkahwin 3 tahun
Patut tak bagi aku stalk akaun twitter dia. Rupanya mengaku single. Show off travel europe apa bagai. Elok lah tu. Phone untuk otp, video call, main game & curang pun suami belikan.
Dalam pada itu, dia memaklumkan sudah berterus terang dengan lelaki Medan tersebut dengan memberitahu status sebenar isteri dan lelaki berkenaan berasa bersalah dengan segala yang berlaku.
Lebih perit apabila berlaku pergaduhan, isteri akan menggunakan alasan untuk tidak bersama tetapi sebenarnya nak ‘sleep call’ dengan orang ketiga.