Suami Keluar Kerja Shif Malam, Isteri Ditangkap Khalwat Dengan Kawan Baik Suami Di Rumah

Kehidupan

Suami Keluar Kerja Shif Malam, Isteri Ditangkap Khalwat Dengan Kawan Baik Suami Di Rumah

Ketika suaminya keluar mencari rezeki, si isteri pula telah ditangkap berkhalwat di kediamannya di Semabok, Melaka pada awal pagi semalam.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat, wanita berusia 29 tahun itu itu dicekup dalam serbuan jam 1.05 pagi dengan seorang lelaki berusia 61 tahun yang juga merupakan kawan baik suaminya sendiri.

Advertisement

Ketika pemeriksaan, dia mengaku suaminya berusia 38 tahun tiada di rumah kerana keluar bekerja shif malam sebagai pengawal keselamatan di Batu Berendam.

Wanita itu mengaku hanya dia bersama dua anak berusia tiga tahun dan tiga bulan berada di dalam rumah bersama rakan sekerja suaminya itu.”

Dakwa lelaki tersebut, dia sudah enam bulan tinggal di rumah terbabit kerana baru sahaja mendapat kerja di syarikat yang sama dengan suami wanita terbabit.

Pasangan warga tempatan itu ditahan bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman hingga mendatangkan syak.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

wanita ikat jamin suami
2 years ago

"Saya Fikir Kebaikan Dia" - Suami Ditangkap Khalwat, Wanita Rela Jadi Penjamin di JAIS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...