Suami Kantoi Mesej Dengan ‘Awek’ Kurus 2 Bulan Sebelum Isteri Meninggal, Tengok ‘Youtube Search’ Rupanya…

Kehidupan

Suami Kantoi Mesej Dengan ‘Awek’ Kurus 2 Bulan Sebelum Isteri Meninggal, Tengok ‘Youtube Search’ Rupanya…

Inilah yang dikatakan ‘menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya’.

Perkongsian seorang lelaki tentang kawan baiknya yang kini hidup dengan perasaan serba salah kerana menyakiti hati arwah isterinya mendapat perhatian warganet.

Advertisement

3 years ago

Wanita 'Viral' Marah Anak Dalam Bas Rupa-Rupanya 'Stress' Suami Kena Tahan Dan Dihalau Mentua

Menerusi ‘posting’ di Facebook itu, lelaki tersebut berkata dia ternampak status rakannya yang merindui isteri yang telah meninggal dunia 2 bulan lalu.

Dia kemudian menghantar mesej memberikan kata-kata semangat kepada rakan bernama Zack (bukan nama sebenar) itu.

Zack kemudian menghubungi dan membuka mulut menceritakan apa yang terbuku di hatinya sejak pemergian isteri tercinta.

Katanya, dia kini hidup dengan penuh rasa serba salah dan penyesalan selepas apa yang dilakukannya terhadap arwah.

Dua bulan sebelum arwah isteri meninggal, Zack kantoi berbalas mesej dengan rakan di tempat kerja. Kerana tidak tahan dimarahi isteri, Zack pun berkata,

Ye, memang abang suka tengok budak perempuan tu. Cantik, pandai melawa. Pinggang ramping. Tak macam awak. Gemok gedempol.”

Selepas itu isterinya banyak mendiamkan diri dan tidak ceria seperti biasa. Namun, pada satu hari sebelum ditidurkan isterinya sempat memohon maaf dan meminta agar Zack menghalalkan segalanya.

Lebih membuatkan dia sedih dan serba salah adalah apabila Zack yang baru ‘menggodek’ telefon bimbit isteri dan mendapati ‘search’ di Youtube kebanyakan adalah tentang cara-cara untuk menurunkan berat badan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...