Wanita ‘Viral’ Marah Anak Dalam Bas Rupa-Rupanya ‘Stress’ Suami Kena Tahan Dan Dihalau Mentua

Kehidupan

Wanita ‘Viral’ Marah Anak Dalam Bas Rupa-Rupanya ‘Stress’ Suami Kena Tahan Dan Dihalau Mentua

Terdahulu, viral perkongsian seorang penumpang bas tentang sikap seorang ibu yang memarahi anaknya sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Temerloh.

Video yang dimuat naik di TikTok itu menarik perhatian ramai netizen dan ibu tersebut ditegur seorang lelaki yang juga merupakan anggota polis.

Advertisement

Susulan kejadian itu, seorang wanita dikenali sebagai Puan Shira Ira tampil berceritakan lebih terperinci selepas bersemuka dengan wanita itu.

Dikatakan, wanita itu sebenarnya sedang tertekan dan stres melampau setelah pasangannya yang ditahan polis akibat kesalahan narkotik, selain itu dihalau ibu mentua kerana tidak suka dengan cucu-cucu tirinya di rumah.

Menurut ibu berkenaan dia ke Temerloh hanya sebagai persinggahan sebelum menuju ke KL untuk bekerja di tempat lama dan dia dan anak-anak hanya mampu tidur di rumah ibadat.

Walaubagaimanapun, pada waktu itu wanita tersebut masih lagi belum mengetahui bahawa dirinya telah ‘viral‘.

Sejurus mengetahui dirinya telah tular di media sosial, dia berasa malu tentang tindakannya di dalam bas tempoh hari dan masih menyayangi anak-anaknya.

Setelah mendengar keluhan wanita itu Shira membawa keluarga itu ke JKM untuk meminta bantuan serta membeli pakaian baru.

kurung anak dalam sangkar
6 bulan lalu

Si Bapa Ketagih Main 'Video Game', Ibu Terpaksa Kurung Anak Dalam Sangkar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...