Suami Ditangkap : Umie Aida Tidak Tertekan, Anggap Ia Dugaan Oleh Allah SWT

Hiburan

Suami Ditangkap : Umie Aida Tidak Tertekan, Anggap Ia Dugaan Oleh Allah SWT

Dituduh cuba untuk gulingkan kerajaan , suami kepada aktres Umie Aida  iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Bakar kini ditahan reman selama 6 hari bermula hari Sabtu berhubung dengan isu 1MDB.

Advertisement

Bercakap kepada media mengenai perkara berkenaan, Umie Aida memberitahu beliau sama sekali tidak merasa tertekan suami beliau ditahan dan percaya ada hikmah disebalik dugaan daripada Allah SWT ini.

Saya tidak risau atau tertekan kerana perkara itu adalah dugaan yang diberikan Allah mengikut kemampuan hamba-Nya. Tertekan tiada dalam kamus hidup saya dan saya yakin ada hikmah tersembunyi di sebalik penahannya itu.

Tambah Umie Aida, beliau ada cuba untuk berjumpa dengan suaminya yang berada di balai polis Dang Wangi pada hari Sabtu dan Ahad lepas, tetapi percubaan itu gagal kerana  pihak polis tidak membenarkan sebarang lawatan pada hujung minggu.

Walaubagaimanapun, Umie Aida yakin bahawa suaminya berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan menegaskan beliau akan terus menyokong Khairuddin dalam apa keadaan sekali pun.

Dua kali saya cuba bertemu dengan suami pada Sabtu dan Ahad lalu tetapi pelawat tidak dibenarkan masuk pada hujung minggu.

Dalam keadaan apa pun saya akan tetap menyokong tindakan suami kerana apa yang dilakukan itu bukannya mendapat keuntungan peribadi kepada kami. Tindakannya itu ikhlas dan saya akan sentiasa berada bersamanya dalam apa jua keadaan sekali pun.

Khairuddin ditahan reman enam hari mulai Sabtu di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen. Beliau yang merupakan ahli Umno pertama yang membuat laporan polis ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu 1MDB selain beberapa laporan lain di luar negara.

Pada hari beliau ditangkap, Khairuddin sepatutnya ke New York bersama peguamnya, Matthias Chang tetapi mereka tidak dibenarkan berbuat sedemikian atas sebab tertentu selain pasport mereka disenaraihitamkan.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...