Tindakan Suami Umie Aida Guna Saluran Perundangan Asing Mensabotaj Negara – KPN

Tindakan Suami Umie Aida Guna Saluran Perundangan Asing Mensabotaj Negara – KPN

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menganggap tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu sebagai mensabotaj negara.

Pada Jumaat lepas, pelakon Datin Seri Umie Aida memuat naik satu gambar di Instagram dengan kapsyen mendoakan suaminya yang ditahan polis. Menurut Umie, suaminya ditahan di bawah akta 124C iaitu pertuduhan cuba menggulingkan kerajaan.

Advertisement

Lapor mStar Online, melalui satu sidang media pada Ahad, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu tindakan suami Umie, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggunakan saluran perundangan asing supaya pihak antarabangsa mengenakan tekanan terhadap Malaysia berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)seperti mensabotaj negara dan mencabar sistem perundangan Malaysia.

(Ia turut) mencalar kredibiliti agensi penguatkuasa tempatan dan mengundang campur tangan asing dalam sistem demokrasi negara ini.

Tindakan beliau ini merupakan satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara ini.

Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan maklumat yang disalurkan oleh Khairuddin kepada agensi-agensi asing berkenaan, adalah palsu.

Kenyataan Khalid dibuat sebagai jawapan kepada dakwaan Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kononnya PDRM dipergunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengelak pembongkaran kes 1MDB. Menurut Khalid, Khairuddin telah pun membuat laporan polis mengenai isu 1MDB dan sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada agensi-agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan.

Namun, beliau (Khairuddin) tetap memilih untuk menggunakan saluran perundangan asing khususnya di Britain, Hong Kong, Perancis dan Amerika Syarikat dengan tujuan mengenakan tekanan antarabangsa ke atas Malaysia.

Khairuddin ditahan reman enam hari mulai Sabtu di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Media tempatan melaporkan Khairuddin didakwa sedang merancang untuk meminta Amerika Syarikat campur tangan dalam hal ehwal Malaysia.

Beliau ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di kediamannya di Mont Kiara di sini pada Jumaat, yang dipercayai berkaitan dengan siasatan membabitkan 1MDB.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...