Suami Atau Bekas Suami Culas Beri Nafkah? Akaun Bank Mereka Mungkin Akan Disekat

Berita

Suami Atau Bekas Suami Culas Beri Nafkah? Akaun Bank Mereka Mungkin Akan Disekat

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menerusi Ketua Pengarah, Datuk  Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan bahawa pihak mereka akan ke peringkat seterusnya bagi melaksanakan tindakan sekatan akaun bank suami dan bekas suami yang culas memberi nafkah.

Perkara tersebut dimaklumkan Mohd Na’im di mana mereka telah berbincang bersama Bank Negara dan institusi bank di Malaysia bagi merealisasikan perkara tersebut, seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian.

Advertisement
Naim Mokhtar JKSMSumber : Utusan Digital 

Jelasnya lagi, pada ketika ini pihaknya sedang mempersiapkan pegawai Bahagian Sokongan Keluarga (BKS) dengan info serta kemahiran yang betul agar urusan penguatkuasaan dan perlaksanaan berkaitan sekatan akaun itu akan berjalan dengan lancar kelak.

Pemerkasaan kemahiran perlu ada dalam kalangan pegawai ini agar usaha menyekat akaun mereka yang culas membayar nafkah akan dilaksanakan secara adil.

Dalam pada itu, Mohd Na’im memberitahu bahawa tindakan menyekat akaun itu dilaksanakan dengan tujuan untukmembela nasib isteri, bekas isteri dan juga anak-anak yang telah dizalimi suami atau bekas suami masing-masing terutamanya dari sudut pemberian nafkah.

NafkahSumber : Google  

“Dalam konteks ini, kita bukan sahaja membantu isteri mendapatkan nafkah, malah membantu suami yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab supaya mereka tidak berterusan melakukan kezaliman dengan tidak membayar nafkah.” ujar beliau.

Menurut Mohd Na’im, sejak tahun 2016, sebanyak 147 kes melibatkan suami atau bekas suami yang dilaporkan culas membayar nafkah meskipun sudah mendapat perintah mahkamah.

Pengarah JSJ Bukit Aman
3 years ago

Tiada Maklumat Terbaru, PDRM Tidak Pernah Tutup Kes Gangguan Seksual Babitkan Ebit Lew

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...