Sedia maklum, masalah gagal untuk mendaftar MyKid anak Cik Pia telah pun diselesaikan setelah campur tangan seorang peguam ternama dan semalam suaminya iaitu Kay Azlee atau dikenali sebagai Boss Kay pula tampil mengeluarkan kenyataan.
Menurut Boss Kay, isterinya itu mempunyai masalah mental dan hal itu menyulitkan rumah tangga mereka. Oleh kerana itu, dia memberi ruang untuk bertenang dengan menjauhkan diri bagi kebaikan semua pihak.
Bagaimanapun, apabila meninjau di media sosial Cik Pia, dia menafikan dakwaan suami bawa dirinya menghidap masalah bipolar serta lain-lain.
Difahamkan, untuk beberapa minggu lelaki terbabit tidak pulang ke rumah dan isteri mana yang tidak senang duduk, lagi-lagi sedang berbadan dua sewaktu itu.
Malah, menurut influencer tersebut emosi makin tidak stabil selepas mengetahui suami mempunyai wanita lain di belakangnya.
Sebelum ini, Cik Pia ada berkongsikan di media sosial bahawa diri berasa sedih Boss Kay tidak hadir untuk mengazankan anak yang baru lahir, selain membiarkan dirinya hidup terkontang-kanting tanpa memberi sebarang nafkah.