Enggan Azan & Daftar Nama Anak, Boss Kay Dakwa Isteri Ada Gangguan Mental – “Dia Tak Boleh Terima Dia Ada Masalah Ni”

Hiburan

Enggan Azan & Daftar Nama Anak, Boss Kay Dakwa Isteri Ada Gangguan Mental – “Dia Tak Boleh Terima Dia Ada Masalah Ni”

Sebelum ini, tular di aplikasi Tiktok mengenai sebuah video yang dimuat naik oleh pempengaruh, Cik Pia yang meluahkan rasa kesal terhadap sikap suaminya, Boss Kay.

Menerusi video tersebut, Cik Pia atau nama sebenarnya Nor Sufia Johari kecewa apabila suaminya enggan hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga anak mereka terpaksa dibinkan dengan nasab Abdullah.

Advertisement

Bukan itu sahaja, suaminya difahamkan telah menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita namun dikatakan hadir ke sebuah acara pertunjukan fesyen bersama seorang pelakon wanita, Tash Yong.

Tampil memberi penjelasan, Boss Kay atau nama sebenarnya Azlee Abd Aziz berkata dia telah hadir ke JPN di Kuantan, Pahang pada Khamis untuk urusan pendaftaran anak lelakinya dan memaklumkan urusan tersebut telah selesai.

Saya dah bagi kerjasama kepada JPN. Cuma satu pesanan saya, jangan sesekali buat keputusan di saat overthinking dan jangan rakam apa-apa content dalam kaunter kerajaan.

Dituduh tidak bertanggungjawab kerana enggan mengazankan dan mendaftarkan nama anaknya, Boss Kay memaklumkan dia sering dipandang negetif gara-gara penyakit mental yang dihadapi isterinya.

Saya berdepan dengan isteri yang ada gangguan mental. Bila sakit menyerang sepanjang mengandung dia tak makan ubat. Dia tak boleh terima dia ada masalah ini.

@kayazlee

@jpnhqofficial memang terbaik #SahabatBossKay

? original sound – Boss Kay – Boss Kay

Bila sakit dia datang, saya diugut setiap hari. Dia juga ada Bipolar. Bila dia amuk, dia tuduh saya pukul dia sedangkan saya tenangkan dia. Jadi, saya jauhkan diri.

Bukan itu sahaja, Boss Kay turut mendedahkan bahawa dia hampir beberapa kali nyaris menghadapi kemalangan gara-gara diasak isteri untuk pulang ke rumah ketika berada di pejabat.

Jarak perjalanan rumah ke pejabat dalam 30 ke 40 minit. Bila dah balik rumah, dia kata penyakit dia dah baik.

Jelasnya lagi, dia bukan tidak mahu mendaftarkan nama anaknya sebaliknya dia masih mempunyai masa untuk mendaftarkan nama anak memandangkan tempoh yang ditetapkan oleh JPN ialah 60 hari.

Saya cuma menanti waktu tak sibuk. Pesanan saya untuk dia, patutnya kalau nak saya balik ke rumah, buatlah content baik-baik bukan hina dan fitnah saya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Boss Kay Cik Pia
1 year ago

Biar Anak Bini Terkontang-Kanting Di JPN, Netizen Geram Tengok TikTokers Boss Kay Hadir 'Fashion Show' Bersama Aktres Wanita

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...