Selalunya selepas melahirkan anak, satu perkara yang paling digeruni untuk kaum wanita apabila berlaku perubahan bentuk badan serta penampilan diri dan disebabkan itu, orang tua-tua mementingkan adat ‘berpantang’ supaya dapat kekalkan bentuk badan yang asal.
Baru-baru ini, muncul satu trend di TikTok memaparkan ibu-ibu yang sudah melahirkan anak berkongsikan body goals mereka.
Bagaimanapun, hal berkenaan telah mendatangkan rasa kurang senang buat seorang wanita ini, dimana dia berpendapat trend berkenaan tidak menjaga sensitivi orang lain.
Menurut, perkongsian seperti itu akan memberi kesan kepada golongan wanita yang belum melahirkan anak ataupun mendirikan rumah tangga dan dia juga menegur tidak semua individu mampu untuk mengubah bentuk badan ataupun miliki badan yang diimpikan.
Tambahannya lagi, berpantang serta menjaga anak dalam pada masa yang sama bukanlah satu proses yang mudah seperti yang disangkakan orang lain.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dari kalangan ibu-ibu mengucapkan terima kasih kepada wanita terbabit kerana menyuarakan perkara ini dan bersetuju bahawa untuk menurunkan berat badan selepas bersalin bukanlah satu perkara yang mudah biarpun sudah mencuba beribu kali.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.