“Kenapa Dia Tak Pernah Hubungi Saya?” – Sambut ‘Father’s Day’ Tanpa Kehadiran Bapa, Ismail Leon Tanya ‘Di Mana Dia?’

Kehidupan

“Kenapa Dia Tak Pernah Hubungi Saya?” – Sambut ‘Father’s Day’ Tanpa Kehadiran Bapa, Ismail Leon Tanya ‘Di Mana Dia?’

Bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana menceritakan bagaimana dia menjawab soalan yang tidak dijangka dari anaknya Ismail Leon.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Rihana berkata ketika sambutan Hari Bapa baru-baru ini, anaknya telah bertanyakannya tentang sesuatu.

Advertisement

Cerita Rihana, Leon telah bertanyakan kepadanya dimanakah bapanya selama ini dan model itu akui bahawa soalan tersebut membuatkannya tidak selesa untuk menjawab.

Jelasnya, dia memang menanti soalan itu daripada mulut anaknya namun pada masa yang sama turut berasa sukar untuk menemukan jawapan.

Kebimbangan utama saya adalah untuk memberikan jawapan yang seimbang kepada Leo kerana hanya dia seorang kanak-kanak di tadika tanpa kehadiran bapa.”

Advertisement

Apabila diajukan soalan tersebut, Rihana terus menunjukkan peta di mana lokasi London dan Malaysia serta menjelaskan bahawa bapanya berada jauh dari mereka menyebabkannya tidak dapat hadir.

Bukan itu sahaja, Leon juga turut bertanya kepada Rihana mengapa bapanya tidak pernah menghubunginya selama ini.

“Leon bertanya-tanya kenapa dia tidak menghubungi saya? Saya terpaksa keluar dan memberitahu bahawa telefon tidak diangkat di sana kerana belum ada 5G di sana. Jadi dia tidak boleh menghubungi dalam apa cara sekali pun.”

Menjengah ruangan komen, ramai netizen dari Malaysia yang memberikan respon dan kata-kata semangat buat Leon. Rata-ratanya meluahkan rasa kasihan terhadap kanak-kanak itu kerana membesar tanpa kehadiran seorang insan bergelar bapa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rihana petra ismail leon
1 bulan lalu

Rihana Oksana Tetap Yakin Ismail Leon Ada Darah Campuran Malaysia, Ini Buktinya..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Anon4eva

    June 24, 2022 at 6:42 pm

    skrng ni budak ni kecik lagi. kalau maknye, asyik ckp, bapak dia sulatan kelantan tuh, kompen suatu ari nanti, anak dia akan pertikaikan jgk bila besar nnt. kompen time tu dia sndri akan sanggup buat ujian DNA. time tu, baru la kita tahu kebenarannya.

  2. Anonymous

    June 24, 2022 at 12:14 pm

    One thing for sure, they were married. Divorce is one thing but the welfare of the child is in question here. DNA or no DNA, why is the ex husband / “father” of the child keeping quiet?

    • Anonymous

      June 24, 2022 at 6:39 pm

      setahu aku sultan kelantan tu ada bagi money support pada minah ni. selagi dia tak kawen, selagi tu, bekas suami wajib tanggung. macam bekas2 bini sultan brunei. masih lagi dalam tanggungan sultan, selagi mereka memilih utk tidak berkahwin len. tgk dia macam hidup mewah pun, pasal bab duit perempuan ni dah disupport rasanya. tapi pasal bab anak, itu salah pompuan ni jgk, bila disruh buat dna, macam2 syaratnye. dah disruh ke Singapore sruh buat DNA, xmo. so phm2 sndri la.

      klu aku salah btulkan aku.

  3. Anonymous

    June 23, 2022 at 8:49 am

    Gigih benar nak buktikan siapa bapa dia. Disuruh test DNA masa mengandung x nak.. hahaha.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...