Pastinya semua sudah sedia maklum mengenai jenama kopi popular The Coffee Bean & Tea Leaf telah mengeluarkan penyedut minuman (straw) yang boleh dimakan oleh pengguna.
Semalam, tular di media sosial apabila seorang individu dilaporkan telah ‘memasak’ penyedut minuman tersebut dengan menjadikannya sebagai hidangan pasta bersama aiskrim vanilla.
Video yang dimuat naik di laman sosial TikTok itu ternyata telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dan ada juga yang khabarnya menjadi murung melihatkan menu aneh itu.
Dalam video tersebut, individu yang dikenali sebagai Peng Han itu telah mencuba resipi pasta dengan memasak straw tersebut bersama aiskrim vanilla McDonald.
Penyedut minuman itu pada awalnya telah direbus dengan lembut serta daging dimasak dengan krim sos carbonara berserta aiskrim vanilla sebelum dihidangkan untuk dimakan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan perasaan pelik dengan menu seperti itu namun ada juga yang berkata ia seperti enak untuk dinikmati meskipun ianya agak pelik untuk dilihat.
Aneh-aneh orang zaman sekarang ni ya!