“Mohon Sedekah Al-Fatihah Untuk Aku..” Lelaki Ini Cemas Tupperware Berlubang

Kehidupan

“Mohon Sedekah Al-Fatihah Untuk Aku..”  Lelaki Ini Cemas Tupperware Berlubang

Kalau sebut sahaja bekas makan atau tupperware pastinya sinonim dengan ‘mak-mak’ dan suri rumah di rumah kan.

Hobi mengumpul tupperware dan jenaka mengenai kehilangan bekas makanan itu barangkali pernah saja dihadapi oleh setiap orang.

Advertisement

Tular di media sosial Twitter semalam apabila seorang pengguna aplikasi berkenaan khabarnya telah berdepan detik cemas apabila penutup bekas makanan jenama Tupperware itu telah rosak dan berlubang.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada aku.” tulis individu yang menggunakan nama @NabilHussein itu di Twitter.

Berikutan itu, ramai netizen tampil memberikan reaksi yang mencuit hati di atas ‘pengalaman ngeri’ itu.

“Kalau kena halau rumah roger bro, nanti aku bawakan makanan.” respon seorang netizen.

“Nampak gayanya kena tahan telinga sikit lah, lagi-lagi yang ada nama dekat atas penutup tu..” kata @lembahkesepiann.

Dalam pada itu, ada juga yang menasihati individu tersebut agar pergi ke syarikat Tupperware bagi menggantikan kembali penutup yang berlubang itu.

Komen TwitterSumber : Twitter 

Memang ‘berhantu’ betul tupperware ni kan? Sampai ketakutan orang dibuatnya kalau rosak atau berlubang!

Fresh & White AN
2 years ago

Lihat Senyuman Berbanding Kecantikan. Rahsia Utama Buat Lelaki Jatuh Cinta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...