“Stop Kacau Aku..” – Dicerai Talak 3, Kini Bekas Suami Merayu Rujuk Semula Setelah Hidap Strok

Kehidupan

“Stop Kacau Aku..” – Dicerai Talak 3, Kini Bekas Suami Merayu Rujuk Semula Setelah Hidap Strok

Kehidupan sebagai seorang ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan oleh mana-mana wanita dan itulah perkara yang paling di elak oleh kaum isteri dari terjadi pada diri mereka.

Bukan saja mereka perlu kuatkan diri dari segi fizikal, malah mentalnya juga. Lagi-lagi dengan persepsi masyarakat yang sering memandang rendah kepada kaum ibu tunggal. Namun, mungkin lebih baik seseorang wanita itu hidup bersama anaknya sahaja daripada hidup bersama seorang suami yang sering mendatangkan masalah.

Advertisement

Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita ini di TikTok, beliau memberitahu dirinya telah diceraikan talak 3 oleh bekas suami dan dalam pada masa yang sama ‘membuang’ anak-anaknya.

Bagaimanapun, setelah beberapa tahun, kini suaminya kembali semula untuk rujuk kembali dengan dia, namun bukan mudah untuk dirinya melupakan kenangan pahit yang dilalui dan mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan rayuan lelaki berkenaan.

Difahamkan, bekas suami kini sedang mengalami strok dan oleh kerana itu dia merayu agar wanita ini kembali semula ke pangkuannya.

komen tiktok

komen tiktok

Susulan mendapat perhatian orang ramai mengenai perkongsiannya itu, wanita itu mendedahkan dia tidak pernah membuat anak-anak membenci bekas suami, namun lelaki itu sendiri membuang mereka serta enggan mengambil berat tentang kebajikan mereka.

Meninjau di ruangan komen, netizen mengatakan apa yang berlaku kepada bekas suami ketika ini merupakan kifarah buatnya dan menyokong keputusan wanita itu dengan tidak kembali bersamanya.

mpaj
8 bulan lalu

(VIDEO) "Kan Dah Mendapat.." - Selamba 'Renovate' Rumah Flat, Netizen Puas Hati Tengok MPAJ Datang Robohkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

3 Comments

  1. Dean

    June 9, 2022 at 12:08 pm

    yea lor dah talak 3 nak rujuk apa, dah sakit kena stroke baru rasa menyesal kan ceraikan dan x ambil peduli anak2 pasal x ada org nak jagakan

  2. Anonymous

    June 1, 2022 at 2:37 am

    Nanti mula lah play victim ckp anak2 buang dia padahal dia yg buat hal dlu

  3. Anonymous

    May 31, 2022 at 3:43 pm

    Dah talak tiga. Rujuk apa rujuk??