“Stop Gunakan Saya” – Zarina Anjoulie Minta Bekas Tunang Berhenti Jadikan Dirinya ‘Content’

Hiburan

“Stop Gunakan Saya” – Zarina Anjoulie Minta Bekas Tunang Berhenti Jadikan Dirinya ‘Content’

Sebelum ini, pelakon dan pempengaruh media sosial iaitu Zarina Anjoulie memberi bayangan bahawa hubungannya bersama tunang, Datuk Seri Elzy telah berakhir.

Bagaimanapun, mereka berdua tidak mendedahkan punca perpisahan sebalinya hanya memohon maaf atas kekurangan masing-masing.

Advertisement

Namun baru-baru ini, Zarina atau lebih mesra disapa Anju memuat naik sebuah hantaran di laman TikTok berbaur amaran kepada bekas tunangnya itu.

Menerusi hantaran tersebut, pelakon berusia 35 tahun itu meminta Datuk Elzy agar berhenti menjadikan dirinya sebagai bahan konten di media sosial.

Stop gunakan saya untuk bahan content dari awal kita bersama sampai sekarang dah putus masih jadi bahan content.

Sebaliknya, Anju meminta agar bekas tunangnya itu untuk menghubunginya secara terus jika ada apa-apa keperluan.

Kalau rasa sayang, rindu, or benci ada yang tak puas, feel free to text me direct bukan jadikan saya content.

Bukan itu sahaja, dia juga berharap agar mereka berdua kekal matang dalam isu ini dan memberi peringatan kepada Datuk Elzy untuk tidak melakukan sebarang provokasi kerana bimbang akan memburukkan lagi keadaan.

Saya bukan musuh awak tapi boleh jadi musuh awak. Jangan cucuk saya nanti padah jadinya kang.

Dalam pada itu, Anju memaklumkan bahawa dia masih terbuka untuk berbincang sekiranya bekas tunangnya itu masih ingin memperbaiki hubungan mereka.

Awak pernah jadi tunang saya, of course saya masih boleh bincang dengan awak. So be a man and fix it.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Saya Minta Maaf.." - Anju Akui Masih Belum Sedia Untuk 'Berubah', Harap Ada Yang Terima Seadanya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...