“Saya Minta Maaf..” – Anju Akui Masih Belum Sedia Untuk ‘Berubah’, Harap Ada Yang Terima Seadanya

Hiburan

“Saya Minta Maaf..” – Anju Akui Masih Belum Sedia Untuk ‘Berubah’, Harap Ada Yang Terima Seadanya

Terdahulu, pelakon dan pempengaruh media sosial iaitu Zarina Anjoulie memberi bayangan bahawa hubungan bersama tunang, Datuk Seri Elzy telah berakhir.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Zarina atau lebih mesra disapa Anju menerusi hantaran di Instagram memaparkan dirinya menggayakan dress berwarna hitam yang agak seksi.

Advertisement

Susulan itu, rata-rata netizen telah membuat andaian bahawa hubungan pertunangannya dengan Datuk Elzy berakhir kerana cara pemakaiannya.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang mengatakan cara pemakaiannya yang terlalu mendedahkan itu seolah-olah menjadi penghalang untuk dia mendapatkan jodoh.

Tampil mengakui kekhilafan, pelakon berusia 35 tahun itu memohon maaf kepada semua pihak atas ketidaksempurnaan dirinya.

Menurutnya lagi, dia masih berusaha untuk berubah menjadi lebih baik dan berharap akan ada yang boleh menerimanya dengan ikhlas dan seadanya.

Saya minta maaf saya tak cukup sempurna…. saya masih struggle untuk berubah slow-slow.

Dalam pada itu, Anju berharap orang ramai memberikan ruang untuk dirinya mengubati hati yang terluka dengan tenang.

Let me heal in peace ya, i love you guys so much.

Sebelum ini, pelakon kacukan Melayu, Scotland dan Iran itu dilihat memadam semua gambar dan video yang memaparkan dirinya bersama Datuk Elzy.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zarina Anjoulie
1 year ago

"Putus Sebab 'Tayang Aset' Kot" - Pemakaian Terlalu Seksi, Netizen Tuduh Punca Zarina Anjoulie Tak 'Lekat' Jodoh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...