‘Stay True’ & Elakkan ‘Menampal’, Ini Senarai Barangan Elektrik Jenama Tempatan Mirip SMEG – “Harga Pun Berpatutan!”

Hiburan

‘Stay True’ & Elakkan ‘Menampal’, Ini Senarai Barangan Elektrik Jenama Tempatan Mirip SMEG – “Harga Pun Berpatutan!”

Kecoh sebelum ini mengenai seorang pempengaruh media sosial yang terkenal dengan barangan elektrik jenama mewah yang dimilikinya menjadi tular di media sosial.

‘Influencer’ itu mula mendapat perhatian gara-gara dia dan keluarga tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) meskipun memiliki barangan mewah.

Advertisement

Namun, tular pula mengenai kisah mengenai dia ada membuat pendedahan mengenai peti ais jenama mewah SMEG yang dimiliknya itu hanyalah berjenama tempatan dan diletakkan logo SMEG yang ditempah khas di kedai.

Berikutan kekecohan itu, seorang pengguna media sosial ada memberi cadangan alternatif lain buat mereka yang ingin memiliki barangan kelengkapan rumah ‘mirip’ jenama mewah itu.

Bukan peti ais je ye, ada keetle, ada pembakar roti yang design lebih kurang SMEG, harga pun tak mahal, so affordable!

Dalam hantaran itu, harga seperti pemanas air berjenama Isonic yang mirip SMEG itu hanya berharga RM139 berbanding RM1,130 jenama mewah itu.

Isonic SMEG

Difahamkan, harga sebuah peti sejuk berjenama SMEG bermula sekitar RM15,000 sehinggan RM25,000 bergantung kepada jenis dan kapasiti.

Manakala pembakar roti jenama itu bermula pada harga RM1,000, pengisar kopi, RM1,890, cerek air RM700 serta bekas pisau berharga lebih kurang RM300.

‘Influencer’ berkenaan sebelum ini pernah dikecam kerana memberikan 1001 alasan mengenai sebabnya enggan menunjukkan solidariti terhadap konflik yang berlaku antara rejim Zionis dan rakyat Palestin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syamimia smeg tampal
7 months ago

(VIDEO) "Terserlah 'Attitude' PPR" - 'Influencer' Syamimia 'Kantoi' Palsukan Jenama Peti Ais, Tempah Logo 'Smeg' Semata-Mata

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...