(VIDEO) “Terserlah ‘Attitude’ PPR” – ‘Influencer’ Syamimia ‘Kantoi’ Palsukan Jenama Peti Ais, Tempah Logo ‘Smeg’ Semata-Mata

Kehidupan

(VIDEO) “Terserlah ‘Attitude’ PPR” – ‘Influencer’ Syamimia ‘Kantoi’ Palsukan Jenama Peti Ais, Tempah Logo ‘Smeg’ Semata-Mata

Personaliti media sosial dan influencer, Syamimia sejak semalam menjadi tumpuan warga maya gara-gara kenyataan mengejutkan mengenai alat kelengkapan rumah yang didakwa ‘palsu’ dan tidak original.

Syamimia yang sebelum ini dikecam gara-gara enggan menggunakan platform media sosialnya bagi menyampaikan ‘awareness’ tentang konflik antara Palestin dan Zionis pada ketika ini.

Advertisement

Terbaru, dia sekali lagi menjadi tumpuan setelah satu temubual dia bersama satu program TV mendedahkan bahawa alat kelengkapan rumah seperti peti ais sebenarnya bukanlah berjenama mewah sebaliknya hanya ‘copy ori’.

Malah, kenyataannya mengaitkan tindakannya membeli peti ais berjenama lain dan mengupah orang untuk membuat ’emblem’ jenama Smeg sebelum menampalnya di barang kelengkapan rumah miliknya.

Ia sekaligus menuai pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial yang rata-ratanya mengecam tindakannya malah mengeji sikap hipokritnya yang dikatakan mengejar glamor dan publisiti di media sosial.

twitterSumber : X  

Terdahulu, Syamimia mula menjadi perhatian apabila dia gemar berkongsi aktiviti hariannya di rumah dan mengekalkan estetik meskipun tinggal di rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

syamimia
7 months ago

"Banyak Betul Alasan, Orang Suruh 'Share Awareness' Je Bukan Derma" - Penjelasan Syamimia Tak Kongsi Isu Palestin Teruk Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...