Nama Syatilla Melvin kini sedang hangat di pasaran seumpama pisang goreng cheese di Gombak (memang sedap beb, Abang Nara dah pernah try). Mana tidaknya, 2 nama besar industri hiburan tanah air iaitu Shaheizy Sam dan Fazura sedang dikaitkan dengan Syatilla. Ini semua gara-gara status Twitter yang dimuatnaik oleh pelakon tersebut yang seolah-olah ditujukan kepada Fazura.
Namun menerusi portal Murai hari ini, Syatilla telah tampil menafikan yang kata-katanya itu ditujukan kepada Fazura atau pun Shaheizy Sam. Ia lebih kepada luahan hatinya tentang kehidupan. Amboi, metafora sungguh. Memang seni sungguhlah artis-artis Malaysia ini. Kata Syatilla:-
Tilla mohon maaf dengan status Twitter yang di muat naik baru-baru ini, tetapi status itu bukan ditujukan kepada mereka berdua sama ada Fazura mahupan Sam.
Ia cuma luahan hati Tilla mengenai masalah peribadi seperti orang lain yang mempunyai kehidupan biasa yang pelbagai warna dan ragam, jadi tak perlulah nak terasa.
Tilla tiada masalah dengan dia pun (Fazura) lagipun kami tak pernah berborak mahupun keluar bersama untuk minum secawan kopi.
Itu adalah Twitter Tilla, jadi Tilla ada hak untuk ‘up’ apa jua status yang dirasakan perlu tetapi jika isu ini dimanupulasikan oleh sesiapa, Tilla tak mampu nak halang dan berbuat apa-apa
Hmmmmm. Penerangan Syatilla Melvin memang agak menarik. Mungkin secara tak sengaja kata-kata Syatilla sebelum ini boleh dikaitkan dengan Fazura. Apa pun, beberapa lagi gambar pelakon jelita ini dengan membaca artikel sepenuhnya.