Syatilla Melvin Sindir Nur Fazura Kerana Mengaku Bercinta Dengan Shaheizy Sam?

Hiburan

Syatilla Melvin Sindir Nur Fazura Kerana Mengaku Bercinta Dengan Shaheizy Sam?

Hubungan rapat Syatilla Melvin dengan ibu Shaheizy Sam memang sudah diketahui ramai. Namun sejauh mana hubungan Syatilla dan Shaheizy, hanyalah diketahui oleh mereka berdua sahaja. Bercinta, berkawan atau sekadar teman tapi mesra? Mungkin Syatilla sendiri menganggap Shaheizy lebih daripada sekadar kawan kerana baru-baru ini pelakon itu dilihat telah memuatnaik kata-kata yang kelihatan seperti menyindir Nur Fazura.

syatilla melvin nur fazura

Advertisement

Rasanya semua tahu yang Fazura membuat pengakuan pernah bercinta dengan Shaheizy Sam menerusi program realiti Facing Up To Fazura! Mungkin bengang dengan pengakuan tersebut, Syatilla telah memuatnaik kata-kata yang agak pedas bunyinya.
syatilla melvin fazurasyatilla melvin fazura Adakah Syatilla bengang kerana Shaheizy Sam adalah kekasihnya? Atau mungkin Syatilla tahu kisah sebenar? Fuh~~ Nampak macam rapat semacam hubungan Syatilla dan Shaheizy. Mungkin ada sesuatu yang dirahsiakan oleh mereka. Apa pun, tak perlulah kerana hal sebegini wujud persengketaan antara Syatilla dan Fazura. Perkara dah berlalu dah pun. Yang penting ialah masa sekarang. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.