‘Statement’ Tak Paksa Isteri Bertudung Dikecam, Awal Ashaari Perjelas – “Saya Tahu Hukum Hakam..”

Hiburan

‘Statement’ Tak Paksa Isteri Bertudung Dikecam, Awal Ashaari Perjelas – “Saya Tahu Hukum Hakam..”

Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari dikecam gara-gara memberi kenyataan tiada paksaan bagi isterinya, Scha Alyahya untuk mengenakan hijab selepas mereka pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci, Mekah.

Tampil memberi penjelasan, Awal atau Ahmad Awaluddin bin Ashaari berkata, dia mengetahui hukum hakam tetapi tidak mahu isterinya bertudung atas dasar paksaan.

Advertisement

Bagaimanapun, pengacara berusia 41 tahun itu memaklumkan dia terbuka untuk menerima teguran namun meminta netizen untuk menghentikan kecaman sebaliknya mendoakan isterinya.

Kita tahu agama, kita tahu hukum hakam. Saya jenis yang tak suka paksa tapi bukan bermaksud saya tak kisah.

Jelasnya lagi, dia lebih memilih untuk mengambil pendekatan untuk membiarkan masa yang menentukan segalanya.

Biar benda tu datang daripada hati, biar dia dah ready betul-betul, baru buat.

Menurut Awal, netizen yang sering mengkritik selebriti yang baru pulang dari umrah menyebabkan generasi muda takut untuk membuat ibadah.

Orang muda takut nanti balik umrah kena berubah 360 darjah. Kita meletakkan tanggungjawab yang besar untuk orang muda.

Dalam pada itu, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya meminta orang ramai untuk mendoakan dia menjadi muslimah yang lebih baik.

Saya pernah cakap dekat Awal, saya memang ada niat nak bertudung. Jadi doakan saya.

Malah, pelakon berusia 39 tahun itu memahami apa yang cuba sampaikan oleh orang ramai dan menghargai peringatan yang diberikan oleh netizen.

Saya tak boleh nak deny, benda tu betul. At the end of the day, itu tanggungjawab kita, itu benda wajib yang kita kena buat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Baru Balik Umrah, Awal Ashaari Tak Paksa Scha Alyahya Pakai Tudung - "Benda Ni Keputusan Besar"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...