Baru Balik Umrah, Awal Ashaari Tak Paksa Scha Alyahya Pakai Tudung – “Benda Ni Keputusan Besar”

Hiburan

Baru Balik Umrah, Awal Ashaari Tak Paksa Scha Alyahya Pakai Tudung – “Benda Ni Keputusan Besar”

Sebelum ini, pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya turut berkongsi gambar sewaktu mereka berada di sana.

Advertisement

Susulan itu, ramai peminat yang memuji kecantikan pelakon berusia 40 tahun itu memakai hijab serta mendoakan agar dia terus istiqamah.

Mengakui isterinya lebih manis bertudung, Awal bagaimanapun memilih untuk tidak memaksa isterinya untuk berhijrah dengan kadar segera.

Tak dinafikan bila Scha pakai tudung memang nampak lebih manis dan ayu.

Awal atau nama penuhnya, Ahmad Awaluddin Ashaari berkata sebagai suami pastinya dia mahu melihat isterinya berubah ke arah kebaikan, namun bukan secara paksaan.

Benda macam ini perlu datang dari dalam dan sebagai suami saya hanya mendoakan yang terbaik.

Saya rasa benda ini keputusan yang besar bagi dia sebab perlu beristiqamah.

Dalam pada itu, pengacara berusia 42 tahun itu memaklumkan isterinya turut menerima banyak tawaran untuk menjadi model bertudung, namun terpaksa menolak kerana masih belum bersedia.

Tapi, lepas balik umrah dia jadi lebih terbuka untuk menerima kerja begitu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hidayah disihir
1 year ago

"Apa Dosa Dia? Sampai Dah Nyawa-Nyawa Ikan Kau Buat" - Abang Hidayah Dedah Anak Saudara Selalu Meracau, Mulut Berbuih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...