“Apa Dosa Dia? Sampai Dah Nyawa-Nyawa Ikan Kau Buat” – Abang Hidayah Dedah Anak Saudara Selalu Meracau, Mulut Berbuih

Hiburan

“Apa Dosa Dia? Sampai Dah Nyawa-Nyawa Ikan Kau Buat” – Abang Hidayah Dedah Anak Saudara Selalu Meracau, Mulut Berbuih

Baru-baru ini, setelah balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah dedah dirinya serta anak, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey disihir, kali ini giliran abangnya, Azmier pula bersuara.

Menurut Azmier yang menggelarkan dirinya sebagai Ayah Jang, anak saudaranya terkena sihir sejak bayi lagi selepas arwah Abam meninggal dunia pada Februari 2020.

Advertisement

Azmier mendakwa Syed Uthman disihir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab hinggakan anak kecil itu menderita serta diganggu setiap malam selain selalu keluar masuk hospital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Dalam pada masa yang sama, Azmier turut memberitahu bahawa doktor sendiri tidak tahu punca sebenar penyakit anak lelaki Hidayah itu dan mendakwa penyihir tersebut ingin merosakkan urat saraf.

Aku dah tak boleh tahan dengan kau. Sanggup buat budak macam ni. Sampai dah nyawa-nyawa ikan kau buat Hamzah, mulut berbuih.

Tambahannya lagi, dia turut persoalkan dosa anak kecil itu kepada si penyihir hingga sanggup membuat Hamzah menderita dari lagi.

Sekadar info, Hidayah sebelum ini memohon bantuan orang ramai untuk bantunya mencari pakar perubatan Islam untuk merawat dirinya serta anak lelaki.

1 year ago

"Semoga Sihir Tu Berbalik Kepada Yang Menghantar" - Hidayah & Hamzah Alami Gangguan Mistik Sejak Abam Meninggal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...