“Start Dari Promo..” – ‘Post’ Foto Tangan Lelaki, Pelakon Indonesia Pilihan Puteri Sarah?

Hiburan

“Start Dari Promo..” – ‘Post’ Foto Tangan Lelaki, Pelakon Indonesia Pilihan Puteri Sarah?

Boleh dikatakan sejak awal tahun nama pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana sering menjadi tumpuan ramai dan foto terbaru yang dimuat naik olehnya telah mencuri perhatian ramai.

Dapat dilihat dalam perkongsiaan foto di Instagram Story, Sarah memuat naik foto tangan lelaki yang ada dihadapannya tanpa meletak sebarang kapsyen.

Advertisement

puteri sarah boyfriend baru

Foto terbabit sememangnya membuatkan peminat tidak keruan dan tertanya-tanya sama ada pelakon terbabit sudah jumpa pengganti baru selepas bercerai dengan Syamsul Yusof.

Ada sesetengah warganet membuat andaian bahawa lelaki terbabit merupakan pelakon Indonesia iaitu Andi Arsyil memandangkan Sarah kini berada di Jakarta bersama anak-anaknya.

komen

Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang mendoakan agar aktres tersebut berjumpa dengan lelaki baik yang mampu menjaganya serta anak-anak.

komen

puteri sarah jodoh
2023-07-20 10:02:36

"Siapa Kita Nak Menidakkan Takdir?" - Puteri Sarah Jawab Dakwaan Berjodoh Dengan Orang Industri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram