“Siapa Kita Nak Menidakkan Takdir?” – Puteri Sarah Jawab Dakwaan Berjodoh Dengan Orang Industri

Hiburan

“Siapa Kita Nak Menidakkan Takdir?” – Puteri Sarah Jawab Dakwaan Berjodoh Dengan Orang Industri

Baru-baru ini, timbul dakwaan mengatakan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata dirinya terbuka untuk berkahwin dengan mana-mana individu yang berasal dari industri seni.

Menjawab dakwaan itu, Puteri Sarah berkata dia cuma menjawab pertanyaan peminat melalui live di TikTok dah ketika ini masih tidak manis untuk bercakap tentang pengganti memandangkan diri masih dalam iddah.

Advertisement

Apa yang penting kalau masih lagi berjodoh untuk bersuami, saya mahukan seseorang faham dan boleh terima saya seadanya serta anak-anak.

Dalam pada itu, pelakon wanita itu turut mendoakan hal yang baik-baik untuk bekas suami, Syamsul Yusof melalui fasa rumah tangga bersama isterinya, Ira Kazar.

Katanya, hubungan bersama Syamsul Yusof serta mentua dijaga baik kerana anak-anak perlukan bapa, datuk dan nenek untuk membesar seperti kanak-kanak lain.

Sebelum ini, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sah cerai talak satu pada 13 Jun lalu di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.

nina
10 months ago

Puteri Sarah Impikan Jodoh Seperti Nad Zainal & Mizz Nina - "Yang Boleh Sayang Saya & Anak-Anak.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...