Boleh dikatakan sejak awal tahun nama pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana sering menjadi tumpuan ramai dan foto terbaru yang dimuat naik olehnya telah mencuri perhatian ramai.
Dapat dilihat dalam perkongsiaan foto di Instagram Story, Sarah memuat naik foto tangan lelaki yang ada dihadapannya tanpa meletak sebarang kapsyen.
Foto terbabit sememangnya membuatkan peminat tidak keruan dan tertanya-tanya sama ada pelakon terbabit sudah jumpa pengganti baru selepas bercerai dengan Syamsul Yusof.
Ada sesetengah warganet membuat andaian bahawa lelaki terbabit merupakan pelakon Indonesia iaitu Andi Arsyil memandangkan Sarah kini berada di Jakarta bersama anak-anaknya.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang mendoakan agar aktres tersebut berjumpa dengan lelaki baik yang mampu menjaganya serta anak-anak.