SPRM Padam Video PSA Tular ‘MC Boleh Menjadi Rasuah Setelah Dikecam Netizen Dan MMA

Berita

SPRM Padam Video PSA Tular ‘MC Boleh Menjadi Rasuah Setelah Dikecam Netizen Dan MMA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah mengambil keputusan untuk menurunkan sebuah video pengumuman perkhidmatan awam (PSA) berkaitan rasuah yang dimuat naik mereka pada hari Selasa yang lalu, menurut laporan Kosmo Online.

Ia dilakukan SPRM bersandarkan kenapa nilai kebertanggungjawaban dan kesepaduan di mana agensi itu mengambil maklum mengenai respon daripada netizen berhubung video yang bertajuk ‘MC Boleh Menjadi Rasuah’.

Advertisement
SPRM MMA MCSumber : Google  

Video tersebut turut mencetuskan perdebatan dan kritikan daripada pihak Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang mendakwa SPRM seolah-olah telah menjatuhkan atau mempersoalan profesionalisme pakar atau pengamal perubatan dalam video berkenaan.

Video PSA yang diterbitkan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat serta memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perbuatan menawar, memberi dan menerima rasuah.

Video itu merujuk kepada isu pemberian sijil cuti sakit palsu atau MC dan contoh berkenaan adalah berdasarkan situasi sebenar yang pernah disiasat oleh SPRM menerusi aduan yang diterima SPRM.

SPRM juga amat menghargai segala usaha dan sumbangan para pengamal perubatan di Malaysia khususnya ketika negara berdepan dengan bencana pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, SPRM telah mengambil keputusan untuk menurunkan video tersebut bagi menjaga sensitivit dan keharmonian semua pihak.

MMA sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa video kesedaran anti rasuah itu yang memaparkan seorang doktor menerima rasuah untuk mengeluarkan sijil cuti sakit itu seperti telah mencemarkan imej profesion pengamal perubatan di Malaysia.

Suruhanjaya Sekuriti Azam Baki
3 years ago

Cetus Perdebatan Rakyat, Azam Baki Perlu Kemuka Bukti Dan Penjelasan - Suruhanjaya Sekuriti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...