Cetus Perdebatan Rakyat, Azam Baki Perlu Kemuka Bukti Dan Penjelasan – Suruhanjaya Sekuriti

Berita

Cetus Perdebatan Rakyat, Azam Baki Perlu Kemuka Bukti Dan Penjelasan – Suruhanjaya Sekuriti

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dilaporkan akan meminta semua pihak yang terlibat termasuklah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki untuk tampil memberi penjelasan serta mengemukakan sebarang bukti yang berkaitan.

SC dalam sebuah kenyataan juga telah mengesahkan bahawa sesebuah pemilikan saham hanya dibenarkan di bawah nama individu yang memiliki akaun sekuriti tersebut, lapor Sinar Harian.

Advertisement

Di bawah Seksyen 25 (4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), menyatakan akaun sekuriti mestilah atas nama pemilik yang menerima manfaat.

Tan Sri Azam BakiSumber : Free Malaysia Today  

Seksyen 29 (A) SICDA juga mewajibkan hal ehwal akaun sekuriti hanya dapat diubah pemilik yang menerima manfaat atau penama yang diberi kuasa.

Terdahulu, media tempatan menjadi kecoh apabila Tan Sri Azam Baki telah menafikan dakwaan yang bertiup kencang mengenai isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat yang dibangkitkan pihak pembangkang dan media bebas sejak beberapa bulan lalu.

Jelas Azam Baki, saham-saham tersebut telah dibeli melalui  pasaran terbuka oleh adik beliau, Nasir Baki dan segala transaksi menggunakan pembiayaan adiknya sendiri serta saham syarikat yang dibeli tidak mempunyai kaitan dengan siasatan yang dijalankan SPRM.

Tan Sri Azam Baki
2 years ago

Identiti Dah Dikenal Pasti, Tan Sri Azam Akan Saman Individu Yang Cemar Reputasi SPRM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...