“Spende Kau Tu Cover La Sikit” – ‘Upload’ Video Di Indonesia, ‘Legging’ Baby Shima Ditegur Terlalu Ketat

Hiburan

“Spende Kau Tu Cover La Sikit” – ‘Upload’ Video Di Indonesia, ‘Legging’ Baby Shima Ditegur Terlalu Ketat

Nama penyanyi Baby Shima sering dikaitkan dengan kontroversi panas atau yang kurang enak didengar seperti berpakaian mencolok mata atau melakukan aksi tidak berapa elok ditonton.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini juga netizen malah meminta Baby Shima untuk terus berhijrah ke Indonesia sahaja kerana dikatakan membuatkan Islam tercemar.

Advertisement

Baby Shima
3 bulan lalu

“Duduk Jelah Indonesia Terus” - Dianggap Mencemarkan Islam, Baby Shima Diminta Jangan Balik Ke Malaysia

Terbaru, video dimuat naik oleh pemilik nama Nor Ashima Ramli itu sekali lagi mengundang kritikan para netizen di media sosial gara-gara pakaian yang digayakannya.

Menerusi video itu, Baby Shima dilihat berjumpa dengan seorang lelaki di sebuah studio terletak di Jakarta dan kedatangannya ke sana juga disambut baik oleh mereka.

Namun, pakaian Baby Shima pula menjadi perhatian kerana legging yang dipakai sangat ketat apatah lagi ia berwarna krim seperti warna kulit.

Bukan itu saja, kerana terlalu ketat, garisan seluar dalamnya boleh terlihat dari luar disebabkan legging tersebut berwarna cerah.

Rata-rata warganet yang komen di posting video terbabit menasihati Baby Shima untuk memilih pakaian yang lebih longgar selepas ini.

Sementara itu, sesetengah netizen dilihat memberikan komen dan memintanya agar tidak pulang ke Malaysia sebaliknya terus tinggal di negara tersebut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. anonymous

    September 9, 2022 at 10:06 am

    wahai natijan bodoh semua korang kutuk hina dia korang dapat dosa tau abis tu kalau banyak dosa macamana korang nak masuk sorga idaman korang tu BODOH

  2. Bontot

    September 8, 2022 at 11:15 pm

    Tu bukan line sepender lah. Tu baju “bodysuit”, baju bodysuit mmg line tebal sikit maka kena pilih bottom yang jenis tak melekap/tebal.

  3. Anonymous

    September 8, 2022 at 8:21 pm

    ..adoii..tak paham bahasa punye orang..makin di hentam makin menjadi..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...