“Duduk Jelah Indonesia Terus” – Dianggap Mencemarkan Islam, Baby Shima Diminta Jangan Balik Ke Malaysia

Hiburan

“Duduk Jelah Indonesia Terus” – Dianggap Mencemarkan Islam, Baby Shima Diminta Jangan Balik Ke Malaysia

Penyanyi penuh kontroversi, Baby Shima baru-baru ini memaklumkan bahawa dia sudah pulang ke Indonesia sambil berjoget tarian negara jiran itu di Instagram.

Artis di bawah naungan syarikat rakaman Nagaswara dari Indonesia itu berkata bahawa dia pulang ke sana bagi tujuan membuat persembahan buat peminat di sana.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Namun, dalam keseronokan dan keterujaan itu, Baby Shima ada memuat naik tangkap layar komen kecaman daripada netizen yang meminta dia untuk terus kekal di negara itu dan tidak perlu pulang lagi ke Malaysia.

Duduk je lah kat Indonesia sana. Tak payah balik sini lagi. Kau tak diperlukan di sini. Selagi kau ada di sini, Islam tercemar.

Meskipun dikecam sedemikian rupa, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli itu tampil memberikan respon tenang terhadap kenyataan kejian itu.

Yeke tak diperlukan. Sebab banyak show Shima lagi di Malaysia. Tu nampak diperlukan lagi.

Kata Baby Shima, meskipun terlihat ramai yang tidak menyukainya gara-gara pelbagai kontroversi yang tercetus di dunia hiburan tempatan Malaysia, namun masih ramai yang mengundang dan menagih khidmatnya untuk membuat persembahan nyanyian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Baby Shima bersuara
2 years ago

"Jika Salah, Tegur Secara Peribadi" - Baby Shima Anggap Pendakwah Hanya Mengecam, Bukan Tegur Ikhlas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...