Nama penyanyi Baby Shima sering dikaitkan dengan kontroversi panas atau yang kurang enak didengar seperti berpakaian mencolok mata atau melakukan aksi tidak berapa elok ditonton.
Bukan itu sahaja, baru-baru ini juga netizen malah meminta Baby Shima untuk terus berhijrah ke Indonesia sahaja kerana dikatakan membuatkan Islam tercemar.
Terbaru, video dimuat naik oleh pemilik nama Nor Ashima Ramli itu sekali lagi mengundang kritikan para netizen di media sosial gara-gara pakaian yang digayakannya.
Menerusi video itu, Baby Shima dilihat berjumpa dengan seorang lelaki di sebuah studio terletak di Jakarta dan kedatangannya ke sana juga disambut baik oleh mereka.
Namun, pakaian Baby Shima pula menjadi perhatian kerana legging yang dipakai sangat ketat apatah lagi ia berwarna krim seperti warna kulit.
Bukan itu saja, kerana terlalu ketat, garisan seluar dalamnya boleh terlihat dari luar disebabkan legging tersebut berwarna cerah.
Rata-rata warganet yang komen di posting video terbabit menasihati Baby Shima untuk memilih pakaian yang lebih longgar selepas ini.
Sementara itu, sesetengah netizen dilihat memberikan komen dan memintanya agar tidak pulang ke Malaysia sebaliknya terus tinggal di negara tersebut